Isnin, Mei 29, 2006

Moga Membesar Dalam Beribadah Kepada Allah




2 Jun 2006 ulangtahun kelahiran baby Muhammed yang ke-2. Baby acik Angah dah besar pun. Acik doakan moga Baby acik menjadi anak yang soleh, bijak, sabar dan tenang. Baby, acik risau tengok baby makin nakal. Acik kasihankan ma baby. Umur dah menginjak angka dua mesti makan nasi, cepat tinggi! Jadi macam abang Ahmed, tinggi dan kuat. Jangan buli nunu Maryam ya. Nunu Maryam kan adik baby. Baby, ma selalu cakap pekerti baby macam abah, sabar dan tabah! Acik doakan baby acik menjadi fata yang tekal, punya semangat ampuh bak satria di zaman Rasulallah SAW. Bukankah nama baby pun Muhammad? Nama pemuda kebanggaan penduduk Makkah dari bani Quraisy. Al-Ameen, Amanah lagi benar! Pemuda yang dibangkitkan sebagai nabi akhir zaman melengkapkan lagi tanda hampirnya kedatangan kiamat tatkala dibangkitkan seorang nabi akhir zaman. Baby, kita keturunan Haji Ibrahem...kembalikan keizzahan dan keberkatan keturunan kita. Moga baby acik membesar dalam beribadah kepada Allah! Selamat hari lahir, Muhammed!

1 ulasan:

A Shy Millionaire berkata...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang jana wang automatik di sini.