Selasa, Mei 09, 2006

Yang Patah Kan Tumbuh, Yang Hilang...

8 Mei 2006
8.23am
Sms dari Shiba'- Faezah, suami Puan Mahaya telah pergi bertemu-Nya pagi tadi. Sebarkan!
Sms kepada kak Nisah- Akak, Salim Hj Taib@ Agus Salim bertemu KEKASIH dinihari tadi? Sampaikan salam takziah buat kak Mahaya. Pemergiannya satu kehilangan besar pada PEN, tak ada galang ganti
Sms daripada kak Nisah-Ya, terima kasih. Insya-Allah saya sampaikan.
Sms kepada Puan Mahaya- Pn Mahaya, takziah atas pemergian yang tercinta. Moga dia bertemu KEKASIH dalam damai dan lenang. Juga buat puan moga tekal dan tabah diatas kehilangan sementara. Pasti bertemu di Jannah-Nya.
Petikan dari Dokumentasi Hari Puisi Nasional ke14, 29-31 Jan 1999. Berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban. Bertemakan Puisi, Kewanitaan dan Alaf Baru.
AGUS SALIM (Salim Hj Taib) dilahirkan pada 9 Mei 1939 di Parit Penyengat, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan sehingga peringkat sarjana muda dari Universiti Nasional, Indonesia dan bertugas sebagai guru sebelum bersara pada tahun 1994.
Beliau menulis puisi, cerpen, dan buku kanak-kanak dan pernah memenangi beberapa anugerah. Beliau seorang aktivis sastera yang gigih dan turut serta dalam sebahagian besar program GAPENA termasuk kembara ke Yunan, Madagaskar, Acheh, Makkah, Kalimantan, Thailand dan sebagainya. beliau kini adalah Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) yang dipegangnya sejak 1993.
-Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan ditempatkan bersama para solihin dan mukminin. Al-Fatihah.
Komen Faizah:- Saya teringat Amiza Khusyri, parasnya seiras Agus Salim. Mungkinkah...

Tiada ulasan: