Khamis, Mei 11, 2006

Kekeruhan Kondisi Diri...Jernih Kembali!

8 Mei 2006
SMS dari Shiba'-
Mala, moga ketenangan dan rahmat Allah melimpahi dirimu. Tenangkan hati, lapangkan fikiran. Hadiahkan Fatehah dalam bilangan ganjil untuk ibumu. Pohonkan keampunan Tuhan untuknya. Mohon juga agar dia dilembutkan hati untuk memaafkan kesilapanmu. Moga dipermudahkan segala. Study, jangan leka. Kau perlu dan mesti berjaya. Untuk agama jua ayah bonda. Jaga hati dan diri. Salam mujahadah.
9 Mei 2006
SMS balasan saya-
Nyemah, betapa Tuhan menghadiahkan aku teman hakiki. Bonda sudah kuhubungi. Ritma suaranya lunak seperti selalu. Betapa dia nian kurindu. Sebelum aku hubungi bonda sempat kukirimkan 7 Fatehah. Moga dirinya dirahmati sentiasa. Tak sabar rasanya pulang ke pangkuan bonda, biar terlerai kusut di dada, biar terhindar segala lara. Terima kasih!
Minggu lepas saya bikin ribut di hati bonda. Entah mengapa saya betah memakai pekerti nakal sehingga menyinggung nubari nirmala bonda. Betapa saya anak durhaka, fikir saya sejenak. Saya tidak keruan sepanjang hari. Segala perkerjaan serba-serbi tidak kena. Aduhai, kepada siapa harus saya adu? Tuhan pasti tidak acuh pada rintihan saya lantaran redha Tuhan pada redha bonda. Lalu Shiba' saya hubungi. Alhamdulillah. Bonda, saya hubungi dihari lahirnya. Bonda setia mengalun kata yang menenangkan sedang saya begitu sebak dalam cuaca tanahair yang hujan, kilat, dan petir. "Ampunkan saya, bonda! Halalkan segalanya!". "Ya, bonda ampunkan! Doa bonda sentiasa mendakapmu, bonda doakan kejayaan untukmu dan adik-adikmu. Insya-Allah mumtaz!"
Ah, berat di dada bagaikan jatuh terhempas. Kemudian terbang dan menghilang. Saya tak peduli kehilangan cinta, tapi saya cukup derita kehilangan redha bonda walau sepicing waktu.
*(Shiba' mengelar saya MALAHAYATI, srikandi Acheh yang pernah memimpin armada tentera menetang pendudukan Belanda di Acheh pada abad ke 18. Sedang saya menggelarkan Shiba' NYEMAH MULYA, watak utama novel 1515 karya Faisal Tehrani yang mengangkat watak tersebut sebagai srikandi Melaka yang memimpin armada tentera menentang Portugis pada abad ke 16 sekaligus mengubah sejarah melayu Melaka. Saya memanggilnya begitu lantaran tahun sudah Shiba' kepingin meladeni novel tersebut namun terhalang dek kesibukkan menyandang jawatan penting di dalam persatuan. Dia hanya sempat membaca beberapa bab. Kasihan Shiba'. Saya mengubat kempunannya dengan memanggilnya Nyemah Mulya. Biar dia teruja!(",)
MENCARI ENTITI MALAHAYATI adalah cerpen yang saya tukangi usai bencana tsunami yang menyapa Acheh dan umatnya. Cerpen tersebut adalah karya pertama yang saya hantar ke laman e-sastera.com terus diangkat sebagai cerpen pilihan. Itulah pengalaman manis yang masih berpilin-pilin dalam kamar memoir. Saya teruja menukangi cerpen tersebut lantaran hubungan Acheh dan Pahang yang agak intim di era pemerintahan Sultan Iskandar Muda yang menikahi Puteri Pahang. Percubaan mengangkat citra negeri Serambi Mekah sebagai latar tempat dengan mengisahkan kebobrokkan akal budi manusia yang membenci HUDUD terlaksana dan Tuhan telah mengutuskan tsunami sebagai teguran dan sindiran. Malah saya gemari laras bahasa Indonesia yang menyihir. Ah, benar-benar menguja!)
*Pesan Untuk FAIZAH dan Teman-Teman:-
KEJAYAAN YANG LUAR BIASA DICIPTA OLEH MANUSIA BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA. BAGAIMANA? ANJAKAN PARADIGMA!

Tiada ulasan: