My best friend wedding...
"Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan ke atasmu serta
mengumpulkan kalian berdua (pasangan) dalam kebaikan. Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau tahu, bahawa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam
naungan cinta-Mu, bertemu dalam ketaatan, kuatkan ikatan keduanya, Tegakkan cinta keduanya dan satukan mereka
dalam kasih sayang dan ketaqwaan
Dan jadikan kediaman mereka
Kiblat, Syurga dan Kediaman yang Tenteram. Dan limpahi kediaman mereka dengan cahaya-Mu yang tidak pernah malap dan
peliharalah kediaman mereka dengan malaikat yang tidak pernah lalai dan janganlah
Engkau jadikan kediaman mereka kediaman yang menjadi rumah syaitan dan bukan juga
kediaman yang gelap zulmat.
Dan Engkau kurniakan buat
mereka zuriat yang diberkati dan soleh, dan jadikan keduanya pasangan yang
sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, sentiasa mengingati syariat-Mu, juga mengamalkan sunah Nabi
Muhammad SAW. Semoga Allah memberi
keberkatan kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kalian berdua (pasangan)
dalam kebaikan..."
Tips untuk Anda dan Saya!
* Jangan
teruskan hubungan dengan lelaki yang tidak mahu mempunyai anak dengan kamu,
kerana dia hanya mementingkan dirinya dan tidak meraikan naluri keibuanmu.
Maaf, dia juga tidak ada mawaddah dan rahmah terhadap kamu. Percayalah, tak
rugi kalau kalian berpisah hanya kerana hal ini
* Kalau dia
mengutuk masakan kamu tidak sedap tanpa rasa kasihan dan berkecil hati pula
apabila kamu 'mengusik' teh buatannya tidak enak, situasi ini jelas bahawa dia
tidak menghargai kamu dan menganggap kamu hanya 'barang' kecil dalam hidupnya.
*Jika dia
enggan membelikan rumah untuk kalian berteduh dan mengharapkan kamu mengadakan
keperluan asas, ini adalah alasan terbaik untuk kamu menarik diri dari dia.
Percayalah, Allah telah menjauhkan kamu dari lelaki sebegini. Jangan menangis
dan sedih, sebaliknya bersyukur yang kamu belum diijab qabul. Bayangkan, kamu
perlu berkerja keras sepanjang hayat dan hidup dengan lelaki yang tidak
menghargai kamu hingga mati! Jangan bayangkan, ia sangat teruk!
2 ulasan:
assalamualaikum kak. saya suka tips2 yg akak bagi tu. terima kasih :)
Wslm. Sihat, alhamdulillah seizin-Nya. Tips ringkas dan senang difahami untuk dikongsi dengan teman-teman. Moga ada manfaatnya, Laila!
Catat Ulasan