Khamis, Ogos 03, 2006

Dia Yang Tercinta iii

Lakaran bait:


Pagi ini terlalu hiba
Aku sungguh terkenangkan dia
Hatiku bagai direntap-rentap luka
Mengenang dia jiwaku nestapa

Apakah ini penangan cinta?
Sebelumnya tidak pernah kurasa
Kisah dulu ingin kulupa
Terbang bersama semilir duka

Kalau bukan kerana curang
Kalau bukan kerana bermain cinta
Kalau bukan kerana khianat
Masih bisa kumaafi

Tapi nubari ini
Tidak bisa kupaksa
Tidak sekali menipu
Yang aku masih cinta kamu

Aku selalu menipu diriku
Aku boleh mendustai kerabatku
Aku sering menafikan cintaku padamu
Aku tiada daya dustai hatiku
Kerna hatiku menyimpan segala
Tentangku, tentangmu, tentang kita

Betapa degilnya hati ini
Tegar menyintai pengkhianat
Tegar menyayangi si curang
Tegar mengasihi dia yang beronar

Salahkah aku?
Bodohkah aku?
Tidak pernah kupohon demikian
Tidak sekali kuingin begini

Fikiranku merusuh sakan
Membuncah, celaru dan keliruI
ni bukan keputusanku
Tapi asakan hati menunjal dinding diri

Aku berharap derita ini pergi
Terlalu lama terkepung di muara ini
Lelah dan payah aku renangi
Dalam selut yang memekat

Setengah dekat kumerana diduga
Ingin kuhambat kau pergi
Jauh yang tidak akan kembali
Pergi yang tidak datang lagi

8.09am2 Ogos 2006
Abas el-Akad
Cairo, Egypt

11 ulasan:

Rockerz berkata...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Rockerz berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

PenutupOren berkata...

salam, wah rindunye dgn puisi kak faezah, selalunya saya baca entry panjang-panjang sajer.. lakaran bait datang lagi.. lalala..

Faizah Azaman berkata...

hafiz ni ada-ada aje.tak dan la nak masukkan entri panjang2 tetiba bangkit dari tidur terus rasa nak menulis puisi...huhuhu

thanaif berkata...

Ya benar juga bagai di kata sejauh berjalan di alam cyber ada yang berapi ada yang dingin ada yang tak di fahami ada yang mengumpan untuk alasan sendiri ada yang suka bersandiwara ada berbagai ulasan yang 'baling batu sembunyi tangan' ada yang serius minta perhitungan ada yang berbahasa maniskan rasa ada yang berpolitik memasang umpan ada yang bersuara tak kenal rupa ada yang menyisih billa terlalu berahsia cuma yang ini umpama berkias menyembunyi cinta ... cinta banyak sebab biar di elak cinta yang tidak disurat lantaran bersirat ... saja saya mahu memadam 'panas' yang dibara dengan sengaja ... usah ambil hati.

Faizah Azaman berkata...

masya-Allah thanaif, bahasa anda...tak terjangkau dek saya yang lemah.jangan cuba-cuba provok ;-) puisi itu diadaptasi dari kisah 'seseorang' yang menangis di bahu saya. sekadar menggarapnya.

thanaif berkata...

Maaf berhulur tangan seperti yang dijelaskan saya diburu bayang-bayang yang 'merasuk' jiwa tapi minda masih sejahtera,mahu menzahir rasa agaknya di blog anda ada keserasian untuk meneduh radang panas... masih belajar pastinya anda masih muda ...
Saya lelah bersoal kilas mencari punca terheret pada duduk perkara yang seakan di minta saya mempertanggungjawabkannya ... demi jujur saya tidak mahu berbantah kata, tapi sebenarnya bukan saya tapi mereka yang berjasa mahu menjulang yang lemah menjadi perkasa ... buat saya tersenyum manalah saya tahu bahaya era kini canggih ini sebegini gaya meletak paksa menuntut berbudi bahasa pada perkara yang tidak tentu hujung haluannya...nampaknya di sini tempat saya melontar kata tak mengapa ya ...saya ibu kepada 4 orang anak dasn kini mengikut suami berkhidmat di Doha... sekali lagi salam perkenalan dari saya.

Rockerz berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz berkata...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz berkata...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz berkata...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)