Sabtu, Julai 22, 2006

Kasih Saya Tumpah Kepada Faris


14 Julai 2006

Saya dan kak Suhaila(Penasihat HEWI BKMIP) musafir ke Mansurah. Esok ada ramah mesra pimpinan BKMIP, HEWI BKMIP berserta Pegawai Yayasan Pahang bersama-sama anak-anak Pahang yang bermukim di Mansurah. Saya yang hampir setahun tidak menjejak daerah ini ingat-ingat lupa lokasi markaz dan pejabat DPMM. Genap 4jam terperosok di perut bas dengan udara di Mansurah sedikit hangat sedang Iskandariah masih nyaman diselimut bayu mediteranean. Saya berasa sangat lapar setelah keluar sejak pagi dari rumah tanpa mengambil sebarang sarapan, hanya menguyah gula-gula 'mentos' dan meneguk air masak sekadarnya. Membeli roti dan mengalas perut di rumah orang lebih baik dari menanti hidangan.

Saya menunpang di rumah teman sejawatan di aras 4 sebanggunan dengan markaz DPMM. Mengenal Adam, kanak-kanak arab yang berusia 11/2tahun yang mendiami rumah teman saya sejak ibunya melahirkan adiknya, Faris. Kami tak perlu berbahasa Arab dengan Adam, memada bahasa Melayu yang pelbagai dielek Pahang, Johor, Kedah, atau Kelantan. Adam mampu memahaminya dengan baik. Adam berkulit putih kemerahan yang diwarisi dari sisi Fatma, ibunya mirip wanita Syam, sangat cantik! Kata Fatma, raut Adam seiras Muhammad. Berbanding Umar dan Faris menyalin dirinya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Faris baru berusia dua minggu lebih. Masih terlalu kecil. Saya melihat anak kecil itu. Terdorong untuk memangkunya sedang saya masih takut dengan fizikal bayi yang masih lembut. Ah, geram melihat bayi comel itu menjadikan saya berani mendakapnya. Saya mengucup Faris berkali-kali. Entah rasa apa yang menolak saya jatuh kasih kepada anak kecil itu. Simpati, kasih, cinta, sayang seakan bergabung sehingga saya berani minta dari Fatma agar malam itu dibiarkan Faris bermalam di rumah kami. Masakan Fatma izinkan. Faris...

Faris, anak kecil yang lahir dari keluarga yang retak. Fatma ibunya seusia saya sentiasa di'gulai' ayahnya walaupun kesilapannya kecil. Lewat memasak, menu yang tak menepati citarasa, anak menangis dan seribu satu alasan yang kecil dan tak masuk akal. Fatma pernah cedera dan dimasukkan ke hospital gara-gara penangan suaminya, Muhammad. Hidungnya patah, wajah polosnya digores luka-luka angkara suami. Ketika Fatma mengandungkan Faris, berkali-kali Muhammad memberi amaran yang dia tidak mahukan anak perempuan. Bayangkan wanita yang bernikah dengan lelaki sekaya Muhammad terpaksa menjual demi menampung perbelanjaan anak-anak dan rumah. Fatma mengelek tong gas dari tingkat satu ke tingkat 5 kediamannya, ke pasar membeli keperluan rumah, membawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut, memasak, membasuh, uruskan anak-anak, suami, bahkan menjual apa saja yang mendatangkan untung. Kasihan Fatma!

Fatma pernah berpisah dengan Muhammad. Kerana anak Fatma setuju untuk rujuk kembali. Lantaran Fatma adalah mangsa perceraian ibu bapanya. Saya kasihankan Umar, Adam dan Si kecil Faris. Mereka terlaku kecil untuk didera ayah sendiri, terlalu mentah untuk melihat kekejaman ayahnya, terlalu suci untuk dididik sekotor itu. Saya katakan kepada kak Suhaila, ingin saja saya bawa lari si Faris. Lari dari bayangan ayahnya yang gila, lari dari trauma jangka panjang, lari dari kekejaman rumahtangga, lari kerana hijrah! Nyata wanita di sini hak mereka tidak terbela. Mereka boleh diperlakukan apa saja, seperti apa saja. Tiada siapa yang akan peduli, tiada siapa yang endah. Undang-undang ditangan mereka yang berkuasa dan berduit. Keadilan diukur dengan meterial. Perlembagaan didasari kroni dan rasuah. Membuat laporan bermakna berlaku pengaliran wang sedang tindakan ibarat menanti bintang yang tak akan gugur! Betapa indahnya jika Islam memerintah. Martabat wanita begitu suci dan terpelihara. Saya tinggalkan Mansurah sedang hati saya begitu mengingati Faris...adakah saya akan kembali ke daerah ini menemui anak kecil itu?


16 Julai 2006

Saya menerima undangan Mesyuarat bersama penasihat usai asar. Penat musafir semalam masih berbaki. Menjelang maghrib mesyuarat tamat. Sudah solat kami bertiga ingin pulang ke rumah di Abas el-Akkad di temani seorang musyrif. Kami menahan coaster ke Abas, sampai di Bawabah Thaniah si pemandu menghentikan kenderaan dan berkelahi dengan penumpang yang enggan membayar 50sen. Perang mulut yang meleret akhirnya memaksa si penumpang yang berkemungkinan seorang perkerja kontrak melibas si pemandu dengan gergaji yang disandangnya. Saya panik dan ketakutan, maklum saja sebarang kemungkinan tiada jaminan dan tiada siapa yang akan bertanggungjawab lantaran sistem keadilan di sini bagai lumpuh separuh badan diterjah 'angin ahmar' sekular.

Bayangkan saya melihat gergaji dilibas atas kepala sendiri. Jerit saya semakin kuat...saya nekad, saya mesti keluar dari coaster secepat mungkin menyelamatkan diri! Full Stop!!!

17,18 dan 19 Julai 2006 (work in progress)

KERTAS KERJA INTEL INSIDE
HEWI BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA/WI ISLAM PAHANG
SESI 2005/2006


1.0 MUQADDIMAH

Ukhuwah yang membenihkan kasih sayang, lalu menunaskan kesatuan dan kekuatan demi membentuk satu gagasan pemikiran intelektual khususnya lingkaran muslimat Azhariah. Justeru terbentuklah program yang berkonsepkan ilmiah dalam masa yang sama tidak meminggirkan hikmah ukhuwah dan kebersamaan di dalam memimpin satu anjakan paradigma iaitu membentuk Azhariah Intelek. Moga program yang direncanakan ini bisa menyahut cabaran era global terkini. Ulama intelektual memimpin generasi.

2.0 TEMA
AZHARIAH BESTARI KATALIS INTELEKTUALITI

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengeratkan ikatan ukhwah dikalangan ahli hewi BKMIP & taakhi
3.2 Mengcungkil dan menggilap bakat baru dalam penulisan
3.3 Membentuk Azhariah yang berpandangan positif, terbuka dan dinamik dalam menangani masalah islam kini
3.4 Membentuk jasmani yang cergas dan cerdas melalui sukan dan riadah

4.0 PERLAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 24&25 Julai Bersamaan 29 Jamadilakhir dan 1 Safar 1427 H
Hari : Rabu dan Khamis
Lokasi : Dewan Rumah Melaka

5.0 PENYERTAAN
Semua ahli HEWI Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang, ahli HEWI Melaka serta taakhi

6.0 PENDAFTARAN
LE 15.00

7.0 ANJURAN
Gabungan semua unit HEWI BKMIP

8.0 SRUKTUR ORGANISASI
Lampiran A

9.0 BIDANG TUGAS PELAKSANA
Lampiran B

10.0 TENTATIF PROGRAM
Lampiran C


Doakan berjaya...

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah...Tak kenal tak bermakna tidak boleh menyapa...
Salam ukhuwwah dari yang jauh.