Selasa, Disember 13, 2005

Idea yang datang sekilas...

Lakaran bait:

PUPUTAN PAWANA

Puputan pawana
Halus umpama sutera
Dingin bak salju
Memecah jutaan rasa
Gigil, cuak, buncah, keliru

Ini bukan silir semilir
Bukan angin sembarangan
Pawana ini kiriman Pencipta
Asalnya dari Tanah Syam
Ada yang ujar dari Yaman

Puputan pawana
Menyelinap jurang, lembah dan padang pasir
Mendakap tiap pelosok
Menawan tiap jajahan
Memanah tiap nyawa
Membidik bukan menikam

Pawana berpusar
Memburu makhluk
Yang punya kalbu secalit iman
Menggugurkan dedaun dosa durjana
Biar mati ditelan pawana
Itu alamat orang beriman

Usai berpuput pawana
Langit guram berbalam
Bumi sarat bejat
Didiam manusia gila, rakus, tamak dan kufur
Nantikan kiriman terakhir
......alunan sangkakala......

Lakaran ketika menghadiri extra class bersama al-Fadhil al-Ustaz Akli (Adab dan Balaghah)

Jadual peperiksaan semester satu (musim sejuk) bagi tahun 4 Jabatan Syariah Islamiyah

26 Dis 2005- Qawaid Feqhiyyah
29 Dis 2005-Tafsir Ayat Ahkam
2 Jan 2006- Adab dan Balaghah
5 Jan 2006- Qaah Bahas Qawaid Feqhiyyah
16 Jan 2006- English

#Waktu exam berlangsung sekitar jam 9.30am12.30pm waktu Mesir
(Ya jadikan kami hamba-Mu hamba yang beramal dan bertaqwa dengan ilmu-Mu yang kami dalami dan hadami. Ameen!)

Selamat menghadapi musim peperiksaan kepada ikhwan dan akhawat yang sedang menuntut di al-Azhar as-Syariff University. Moga najah kabir!

1 ulasan:

amiza khusyri berkata...

Mabruk Faezah. Moga terus istiqamah.

Masukkanlah chatter box. Senang nak tinggalkan pesanan.

Teruskan!