Akhi,
Rahim itu pernah kita diami
Duduk menghenyak plasenta kenyal
Termeterai kasih menyimpul saudara
Darahku mengalir dalam uratmu
Dua jiwa menghuni satu jasad
Bergelut ajal bertarung maut
Akhi,
Lahirmu menggalas misi azali
Tangismu penawar kegetiran wiladah
Girang atma abah bakanya bercambah
Gembira bukan kepalang
Armada bakal berganti nakhoda muda
Akhi,
Menyubur pepokok lampai tubuhmu
Moga pohon dirimu bertunjang akar taqwa
Batang agamnya sekukuh iman
Lebat merimbun amalan berpucuk ilmu
Menguntum bunga santun mengharum mahmudah
Berbuahkan qudwah menyebar halawah
Akhi,
Usia dua dasawarsa simbol dewasa
Kanda pohon dirimu diselimuti rahmat-Nya
Agar tingkah tindakmu sering terarah
Biar sutera rojulah menjadi pakaian diri
Terpelihara ad-din dinaungi fata sejati
(Dedikasi istimewa untuk akhi Ahmad Azfar Mohd Azaman sempena hari ulangtahun kelahirannya 28 Mac)
Isnin, Mac 27, 2006
Sabtu, Mac 18, 2006
Bertukar Tampuk Kepimpinan dan Citra Penulisan
10 Mac 2006
Zainab Harun bertamu ke rumah. Sekian lama tak bersembang sastera dan penulisan dengannya. Butir matanya bercahaya bak kunang-kunang sekebun tatkala berbicara santai isu sastera seputar Mesir dan Tanah Air. Nyata dia teruja! Sesekali konsentrasi kami digegar keletah nakal anak saudara saya, Ahmed dan Muhammad. Saya pesan pada Zainab usah serik berkunjung lagi, rumah saya sentiasa terbuka menerima kedatangannya. Sebelum pulang Zainab menghulurkan sepucuk marsum dari 'ex-housemate' saya, kak Atariah yang kini menetap di Johor Bahru. Hampir dua tahun kami terputus khabaran. Saya nekad membalas marsum itu. Saya sudah lama melupakan segala sengketa dan kepahitan silam. Yang berpilin di jihat atma dan kotak fikir hanyalah zaman-zaman kemanisan ketika awal remaja yang dicipta bersama teman-teman. Itu lebih indah dan memada sebagai penawar sekian lara. Saya tetap mengingati ANDA yang pernah menabur 'BAIK' kepada saya.
12 Mac 2006
Saya berada di Kaherah untuk menghadiri jemputan Muktamar Sanawi PMRAM ke-73 dan HEWI PMRAM ke-19 pada 13 dan 14 safar 1427H bersamaan 13 dan 14 Mac 2006M. Jam satu petang saya mendapat sms dari kak Mawaddah ad-hoc Sidang minta saya mempengerusikan majlis perasmian Muktamar HEWI ke-19 di Dewan Abdullah Kamil, Kulliah Perubatan, Universiti al-Azhar as-Syariff. Saya tak membuang masa berfikir panjang, terus saja menerima tanpa banyak soal. Sungguh, ini peluang yang tidak wajar disia-siakan. Keupayaan saya perlu diuji. Kekurangan saya mesti ditampal tindih melalui percubaan praktikal. Lantaran saya sedari bahawa saya tidak ada kemahiran fasih berpidato dan petah bertutur. Sekurangnya saya boleh maju menimba pengalaman. Sengaja saya meninggalkan teks upacara perasmian yang mewah kekurangan sebagai kenang-kenangan dan garis pandu dimasa depan.
(Teks ini disediakan sekitar jam 1.00pagi-2.30pagi, 13 Mac 2006)
-Puji-pujian Kepada Allah dan Baginda Rasulullah saw(Bahasa Arab) dan ucapan salam.
Pertama dan selamanya infiniti kesyukuran dipersembahkan hanya kepada Malikul Muluk Tuhan sekalian makhluk. Kuntuman mewangi selawat dan salam teristimewa hanya untuk yang dirindui, Habibur Rahman Nabi Muhammad saw, alybayt Baginda, para sahabat dan tabien.
Yang disegani lagi disayangi, Ustazah Dayang Siti Noraini bt Awang Damit Yahya, Ahli Lembaga Penasihat PMRAM
Yang dihormati, Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden PMRAM 2005 Ustaz Hairul Nizam b. Mat Husin
Yang dihormati lagi dikasihi, Naib Pengerusi HEWI PMRAM Ustazah Khaujah Rubiyah bt Ngah berserta saf kepimpinan srikandi HEWI PMRAM sesi 2005
Yang berusaha, Pengarah Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-73 dan Hewi PMRAM kali ke-19 Ustaz Muhammad b. Arshad dan Timbalannya Ustazah Sulaiha Shaari
Yang dikasihi para raisat bersama kepimpinan seluruh BKAN dan DPM, seterusnya Qari dan srikandi sidang Muktamar HEWI ke-19 yang dicintai fillah
Sang suria dipersada meriah
Tatkala camar bermainkan rebah
13 Mac tarikh bersejarah
Di sini Muktamar memulakan langkah
Srikandi idaman mujahidin,
'Awwal Quwwah, Quwwatul Wahdah'
Bertitik tolak dari itu, maka kebersamaan kita pada hari ini adalah bukti kekuatan kesatuan yang bakal meledakkan momentum melalui gerakan pelajar dan gagasan idealisme islamik yang kita dokongi.
Tuntas, Muktamar HEWI PMRAM diprogramkan saban tahun demi menggarap dan menggempur identiti dan kredibiliti mahasiswi yang layak mendepani massa.
Sebelum saya memanjangkan bicara, sebelum bicara petah berbahasa dengan ini pihak majlis mengundang al-Fadil al-Ustaz Hanif Azmir b. Hashim dari MAQAZ Shoubra untuk menyampaikan andang wahyu al-Quran al-Karim dari Surah al-Furqan ayat ke 59. Bi qiraati riwayah Azraq 'an Warsy 'an Nafi' min toriq at-tayyibah. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Demikianlah tadi bacaan ayat suci al-Quran al-Karim yang dialunkan oleh al-Fadil al-Ustaz Hanif Azmir siswa tahun satu dari MAQAZ Shoubra. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Ad-hoc pelaksana menjadi pasak
Peranan pengarah memberi bimbingan
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan ucapan sekapur sirih seulas pinang dari Timbalan Pengarah 2 Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-73 dan HEWI PMRAM kali ke-19, Ustazah Sulaiha bt Shaari
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih
Segak kacak pantang menyerah
Anggun berseri pahlawan sejati
Taati raisah derhaka usah
Kesatuan dipatri sudahlah pasti
Dengan berbesar hati majlis menjemput Naib Pengerusi HEWI PMRAM, Ustazah Khaujah Rubiyah bt Ngah menyampaikan kalam injeksi bistari. Dengan ini majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Naib Pengerusi HEWI PMRAM 2005 diatas ucapannya yang kejap.
Cerlang bintang disinari bulan
Ungkapan indah penyair budiman
Al-Quran dan as-Sunnah penyuluh jalan
Pimpinan khalifah jadikan ikutan
Seterusnya tibalah kita ke acara kemuncak perasmian Muktamar HEWI PMRAM kali ke-19 yang bakal disampaikan oleh Timbalan Presiden PMRAM merangkap Pemangku Presiden PMRAM al-Fadil al-Ustaz Hairul Nizam b. Mat Husin. Majlis mempersilakan
Itulah tadi kalam momentum dan perasmian yang teah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PMRAM. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
Seterusnya majlis menjemput, Pengarah Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-73 dan HEWI PMRAM kali ke-19 menyampaikan tanda kenag-kenangan kepada Timbalan Presiden selaku perasmi. Majlis mengucapkan sejuta penghargaan.
Untuk akhirnya ditawaqufkan majlis ini dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah al-Asr.
Majlis mempersilakan Pemangku Presiden dan tetamu kehormat diiringi Pengarah ke medan kudapan.
Sekian, terima kasih.
Saya serahkan kembali majlis kepada Pengerusi Umum.
(Teks ini diformatkan semula kerana memenuhi permintaan sahabat)
Syabas kepad PMRAM sesi 2006 yang membawa gagasan tema GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN. Moga virus parokial yang menerobos kotak minda mahasiswa berjaya ditepis dengan gagasan yang diuar-uarkan. Juga kalungan tahniah teristimewa buat kepimpinan HEWI PMRAM 2005 dan 2006 dengan garapan tema MEMPERKASA KEIZZAHAN MAHASISWI. Bersama kembalikan 'gah' muslimah tanpa mengabaikan 'biah solehah' yang disemai sejak panca dasawarsa. Bersama buktikan muslimah mampu berswadaya dan bersaing menongkah arus massa! Allah bersama kalian!
ENTITI PENA
"Nun. Demi pena dan apa yang ditulis olehnya. Engkau (wahai Muhammad) dengan kurnianan Tuhanmu bukanlah orang yang tidak waras."
[Surah al-Qalam ayat 1-2]
Rasulullah saw bersabda;
"Iman seseorang tidak akan betul sehinggalah hatinya betul [lurus]. Hatinya tidak akan betul [lurus] sehinggalah lidahnya lurus.
[Hadis riwayat Ahmad]
Ayat dan hadis tersebut menegaskan kepentingan pena dan kata-kata. Keduanya seolah-oleh menegaskan bahawa manusia mesti belajar, mengembangkan pemikiran, membangunkan kesedaran dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada generasi baharu. Manusia akan kosong tanpa ilmu. Ilmu sifar tanpa bahasa.
PENA DALAM QURAN
Taraf pena dilihat penting dalam al-Quran seperti yang dirakamkan dalam al-Quran al-Karim.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Mulia, yang mengajar manusia dengan pena mengajar manusia apa yang tidak tahu."
[Surah al-Alaq ayat 1-2]
"Seandainya seluruh pokok di bumi menjadi pena manakala lautan sebagai mangsi nescaya ia tidak memadai untuk mencatat ayat dan tanda kebesaran Allah."
[Surah Luqman ayat 27]
Terdapat juga hadis yang menyebut tentang pena. Sabda Rasulullah saw;
"Pena (pencatat amal) tidak akan mencatat perbuatan tiga golongan manusia iaitu kanak-kanak sehingga baligh, orang yang tidur sehingga terjaga, dan orang yang tidak siuman sehingga ia kembali waras."
Kalimah 'kalam' pada perspektif Islam mampu melaksana fungsi tersebut;
1-Kalam Ilahi: Menulis ketentuan (qada dan qadar) nasib manusia di dunia dan alam ghaib.
2-Kalam insani: Menulis ilmu, sejarah, pengajaran, asas-asas hubungan dan lain-lain.
3-Kalam malaikat: Merekodkan amal manusia dan jin
4-Kalam penguasa: Menetukan kaedah, peraturan hidup yang diperincikan selaras dustur samawi yang dibawa oleh rasul yang diutus.
HALA TUJU PENULIS
Pelbagai motif yang memotivasikan sesorang itu menulis. Antaranya, menyebar maklumat, pelan tindakan, didaktik, menghibur, keuntungan material dan terkandung penawar bagi penyakit akal budi manusia alaf moden. Pesan Syamsudin al-Babibli, "Janganlah seseorang itu menulis kecuali untuk merealisasikan tujuh tujuan."
1-Menulis mengenai sesuatu perkara yang belum pernah ditulis orang
2-Menulis untuk menyempurkan sesuatu yang pincang
3-Menulis untuk menjelaskan yang samar
4-Menulis untuk merumus dan meringkaskan agar kondisinya kejap tanpa mengabaikan isi-isi penting
5-Menulis untuk menampilkan sesuatu yang tidak teratur agar keadaannya dalam turutan dan bersistem
6-Menulis untuk menbetulkan kesilapan penulis terdahulu.
7-Menulis untuk mencantumkan faktor-faktor yang punya kesinambungan agar keadaanya dalam kronologi yang berentetan
KARISMATIK PENULIS MUSLIM
Penulis wajar melengkapkan diri dengan aset penting yang diekstrak dalam ajaran Islam. Penulis muslim hendaklah berpandukan kepada beberapa seperti ilmu komunikasi, kewartawanan, penulis yang mempunyai kekutan bahasa, teknik penyiaran berita dan lain-lain.
Selain dari itu penulis hendaklah memahami beberapa silibus khusus dan sesuai mengenai;
1-Al-Quran, tafsir dan ulum al-Quran
2-Hadis dan Mustolah Hadis
3-Muqarran Adyan [Perbandingan agama]
4-Isme-isme dan idealogi terkini seperti sekularisme, zionisme, komunisme, existensialisme, pragmatisme, materialisme, darwinisme dan lain-lain.
5-Manhaj dan teknik dakwah
6-Sirah Rasulullah
7-Pengetahuan asas Bahasa Arab
8-Tasawwur dan aqidah Islam
9-Syariat Islam dan hukum-hukum Feqh seputar kehidupan seharian
10-Akhlak Islam
Mandala penulisan merupakan wadah interaksi antara penulis dan khalayak pembaca. Angkatan penulis ini sedayanya menyalur kembali apa yang terkandung dalam sel-sel memori, perasaan dan idea untuk dilahirkan agar bisa menyentuh khalayak dengan tujuan memberitahu, mendidik, memujuk dan menghibur. Penulis sewajarnya memiliki sifat-sifat yang termaktub di dalam al-Quran al-Karim;
1-Sifat ikhlas [Rujuk Surah al-Baiyyinah: 5, as-Saaffaat: 38-40, al-Hijr: 39-40]
2-Jujur [Rujuk Surah at-Taubah: 119, Muhammad: 21]
3-Sabar [Rujuk Surah al-Imran: 200, al-Anfal: 46]
4-Peka dan bawa isu-isu semasa agar tidak leka membicarakan isu lapuk dan ketinggalan zaman
5-Bersungguh-sungguh menyebarkan warisan Islam dalam setiap persoalan atau isu sehingga ia bisa menjadi trend berfikir masyarakat madani
6-Ketajaman minda. Mampu merungkai persoalan siapa, apa, dimana, mengapa dan bagaimana disamping menelurkan watak dan perwatakan.
7-Ketenangan minda dan rasional.
8-Retorik. Mahir membina pelbagai struktur ayat dan sentiasa bermain dengan rencam diksi dan khazanah perbendaharaan kata
9-Bersifat kritis. Bijak menilai karya yang baik dan lemah. Mampu membuat penyuntingan karya sendiri.
ADA APA DENGAN CERPEN?
Bahasa
1-Struktur bahasa
2-Perbendaharaan kata
3-Perimbuhan
Aset penting melahirkan karya
1-Kesempurnaan
2-Kestabilan
3-Kelenturan
4-Tidak kejam
5-Tajuk ideal [tidak melambangkan klimaks]
6-Kurangkan bahasa asing
7-Kesantunan bahasa:-kesesuaian-penghormatan-papar kasih sayang-hindari perkara negatif
8-Karya kejap
9-Ayat ringkas dan jelas
10-Ekonomis
11-Diskripsi yang tidak berjela-jela
12-Ada kelajuan
13-Pelihara bahasa
14-Harmonis
15-Kreativiti
16-Ada kemahiran dan ilmu bantu
17-Bahasa gramatis
18-Jangan hina pembaca
19-Tatabahasa dan gaya bahasa
20-Tanda baca:-noktah-penutup dan pembuka kata-simbol-onomatopia[peniruan bunyi alam sekitar]
ELEMEN UTAMA CERPEN
Tanpa Wang Lelaki Perempuan Gelabah Selalu
T-Tema
W-Watak
L-Latar:-masa, tempat, cara hidup dan umum
P-Plot atau alur cerita
G-Gaya bahasa
S-Sudut pandang
A)TEMA
Persoalan dan tema yang cuba diangkat oleh penulis. Seperti, cinta, ketuhanan, idealisme menyongsang, masyarakat, isu antarabangsa, semenanjung Arab yang bergolak dan lain-lain.
B)WATAK DAN PERWATAKAN
Watak adalah penggerak dalam plot. Watak yang memainkan latar dan watak membawa tema dan pemikiran penulis. Kebiasaannya penulis lelaki gemar melukiskan watak wanita seorang yang jelita, menarik dan khali dari cacat cela, berbanding penulis wanita selesa menggambarkan watak seorang wanita yang matang, bijak, intelek dan reasional dalam bertindak dan bertutur.
Watak dan perwatakan boleh dikembangkan melalui:
-Melalui tindak tanduk
-Melalui dialog dan pertuturan watak
-Melalui gambaran dan fikiran
-Melalui lukisan fizikal
C)LATAR
-Latar masa
-Latar tempat
-Cara hidup watak
-Latar umum, contoh; kebudayaan, kepercayaan agama, pemikiran, sosial dan emosi.
D)SUDUT PANDANG
Sudut pandang pengarang punya ikatan yang kukuh dengan watak kerana sudut pandang bertindak meletakkan posisi watak.
-Sudut pandang ganti diri pertama, kedua dan ketiga
-Sudut pandang serba tahu
-Sudut pandang peninjau
-Sudut pandang objektif
E)GAYA BAHASA DAN GAYA PENCERITAAN
Gaya penceritaan menunjukkan pemilihan tema, meninjau persoalan lalu menceritakan melalui karya. Gaya ini adalah gambaran jiwa pengarang.
Gaya bahasa menunjukan lukisan gambaran jiwa pengarang merujuk bagaimana seseorang penulis mengeksploitasikan bahasa dengan bijak dan kratif dalam usaha menyampaikan pengucapan abstrak; fikiran dan perasaan.
Gaya bahasa yang sering digunapakai terdiri dari empat unsur yang berkait;
-Diksi
-Sintaksis
-Langgam penceritaan
-Tempo
F)PLOT ATAU ALUR CERITA

Ahad, Mac 12, 2006
Selayang Pandang dan S.E.P.I Yang Bertandang
1 Mac 2006
Gapura Mac disusuri Program anjuran PMRAM, 'GENGGAM BARA'(khusus untuk kepimpinan BKAN dan DPM) dengan temanya 'Gembleng Kekuatan'. Program sehari suntuk mengandungi vitamin dan zat galian mengikut dos yang stabil diambil oleh kepimpinan muda yang menerajui 'KEKUATAN PMRAM'. Saya sungguh-sungguh diinjeksi dek pengisian bersama Ketua Lembaga Penasihat PMRAM, Ust Mohd Nizam Mohd Noh dan Ust Zahari selaku Ahli Lembaga penasihat PMRAM.
Kekuatan yang digarap melalui keperibadian Abu Bakar as-Siddiq benar ampuh! Dia, seorang lelaki kurus dan lemah. Mengimani Muhammad dan Tuhan Yang Satu! Tujuh hari selepas pengislamannya berjaya menghela sepuluh orang memeluk Islam. Betapa akidahnya yang jitu dan kental payah digugah walau prahara datang menyerang, imannya tidak sekali luak! Thabat tidak berganjak! Keimanannya kepada Allah swt dan kesetiannya pada Muhammad. Tujuannya hanya satu, mendaulatkan Islam dan perlembagaannya di jagatraya! Lalu, mengapa tidak kekuatan insan yang ditarbiah baginda Rasulullah diambil iktibar dan dijadikan pakaian umat dakwah?
2 Mac 2006
-Pagi, mesyuarat kali ke-2 bersama kempimpinan BKMIP dan HEWI BKMIP sesi 2005/2006
-Saya ke Dokki- menaiki tramco hingga ke Ramsis, lalu mengambil Metro bawah tanah dengan bayaran 75sen. Di hentian Attabah, masuk seorang wanita seusia saya (saya kira) memakai jubah dan jilbab sepasang coklat gelap dan mengenakan niqab(purdah). Dia memberi salam dengan suara yang lantang lalu membacakan doa menaiki kenderaan sambil diikuti penumpang lain. Saya terpukau dan tergegau. Mampukah saya laksanakan di Tanah Air kelak? Soalan tersebut berpilin-pilin dalam benak sehingga saya sampai di hentian Dokki. Saya mempercepat langkah ke Bank Al-Malik Faysal dengan seolan yang tak sudah-sudah mengekori saya. Usai berbaris mendapatkan biasiswa dari Baitul Zakat Kuwait saya bergegas pulang ke Abbas el-Akkad. Menaiki metro bawah tanah dan tramco. Betapa peristiwa itu cukup mengesankan! "Jadikan Mesir medan ilmu dan tarbiah. Anda punya peluang dan ruang yang luas untuk menyebar dakwah di Malaysia. Sudah siapkan bekal ilmu, mental dan fizikal?" Peringatan berbau awasan akan saya jadikan genta pesanan yang berbunyi setiap jam!
3 Mac 2006
Saya melaksana rutin biasa dipagi Jumaat (Muzakarah Berkelompok). Usai muzakarah, proses bacaan pruf untuk SEGA perlu dilunaskan sesingkat sehari! Saya usahakan! Ketika bergelumang dengan artikel SEGA, Kak Long Khaujah (Naib Pengerusi HEWI PMRAM) menyapa, "Amboi, angah dah ada weblog tak kasi tau akak pun." Saya membulatkan mata. "Mana akak tau? Bukan tak nak kasi tau tapi tak sempat nak sembang." Sungguh! saya sangat rapat dengan Kak Long Khaujah, malah kami 'sekapal' musafir ilmu ke Mesir. "Mudah aje, nak saya ajarkan?" Saya bersungguh pelawa. "Betul ni? Lepas asar kita ke cc sekejap. Angah ajar ajar akak, ya! Butir mata Kak Long Khaujah berkunang-kunang. Bahagia!
4 Mac 2006
Ibarat lembing awang pulang ke Dayang, sirih pulang ke gagang! Saya pulang ke Alex menunai hak sebagai penuntut ilmu. Sejak 18 Januari saya musafir ke Kaherah. Hari ini saya kembali dalam rangkulan daerah ilmu. Sempat membeli dua tiket keretapi kelas kedua jam 11pagi. Balik dengan siapa? Yiet menghubungi saya kelmarin. Risau benar dia bila tahu saya musafir ke Alex berseorangan. Lantas pagi-pagi lagi dia turun dari Tanta dan menghantar saya hingga ke depan rumah. Yiet satu-satunya teman serahim saya yang bermukim di Mesir kini!
5 Mac 2006
Saya masih di rumah. Kamar perlu dioperasi! Membakar aroma epal hijau, menyalin cadar, sapu karpet dan mendobi pakaian. Saya memasang Iza'tul Quran dari Kaherah. Bacaan Surah Taha 20, ayat ke 130 oleh Syeikh Mahmud Khalil Khusyari benar-benar menyentuh!; "Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah siang supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan)"
Bilik ini luas dan lega. Sepi dan sunyi bergentayangan. Entah sampai bila saya akan bertahan dalam kondisi ini. Ada yang kata sepi itu indah, pada saya sepi itu satu kesakitan, terlalu!
(Cerpen ini saya lupa sertakan untuk entri terdahulu, seperti sebelumnya. Saya nantikan komentar anda. Ya, ANDA!)
KERDIPAN NAJAM TIMUR
OLEH FAIZATUL HERDA BT MOHD AZAMAN
SATU
“AS-SYEIKH Muhammad Al-Kurani! Beta berkenan melantik tuan sebagai murabbi anakanda beta. Anggaplah dia umpama anak tuan, lenturlah dia dengan acuan Al-Quran dan Sunnah, pukullah sekiranya ingkar perintah tuan yang menyongsang syariat Tuhan.” Titah Sultan Murad tegas.
“Menjunjung perintah, Tuanku!” Arahan bertukar tanggungjawab. Mencanai dan mengacu syakhsiah seorang putera mahkota tidak semudah perintah yang dilafaz. Muhammad Al-Kurani makruf, putera lela bangsawan itu rencam kerenahnya. Pernah beberapa kali dihantar ‘memondok’ dengan para alim ulama sebelum diserahkan kepadanya. Nyata jiwa pria itu begitu liat dilentur.
“Muhammad, ke mari. Ada pesanan dari ayahandamu.” Anak muda itu digamit mesra.
“Mengapa tuan tidak mengelar beta tengku mahkota?” Dibiarkan soalan itu diterjah kawanan pawana semilir.
“Dengar sini anakanda, Sultan Murad berkenan melantikku murabbi anakanda. Jika ada perintah dan arahanku anakanda ingkari, akan kuurusi anakanda sebisaku.” Mata hablur ulama itu berkilau. Setia memakai wajah lenang
“Apa yang tuan mahu lakukan ke atasku?” Sengaja memancing dengan senyuman nakal.
“Apa saja yang diilhamkan Tuhanku, agar hatimu lunak dan tidak membentak.” Kalam telus berbau ugutan
Gelaknya kian galak. Terpingkal-pingkal. Syaikh Muhammad Al-Kurani merasa dipersenda. Diambilnya rotan diraut sedepa lalu ditebas betis tengku mahkota. Melalaklah anak muda itu semahunya. Lalu diserahkankan mashaf Al-Quran untuk dilumati hingga hadam.
DUA
Pagi itu diguyur renyai nyamur nirmala. Aku bangkit awal. Mahu ikut Selman ke kampusnya di Fakulti Ilahiyat, Universiti Marmara. Aku perlu membiasakan diri mendengar pengajian di dalam Bahasa Turki. Bahkan berhajat menemui beberapa orang pensyarah untuk mendapatkan khidmat nasihat yang telus mengenai hasrat murniku, menyambung pengajian di Turki. Namun kukesani, jika membuat permohonan pengajian Othmaniyyah aku akan terpelanting ke Fakulti Pendidikan Ataturk. Sebetulnya aku tidak senang ke kampus tersebut, pelajarnya didominasi dogma liberal.
Kuliah pertama pagi itu subjek Falsafah yang diajar Prof. Ayhan Erkan bermulut pedas. Gemar menghentam pelajar yang disifatkan ampuh dan tidak bertoleransi dengan pensyarah syariah berfahaman Laiklik (sekular).
“Ha! Kamu pergi halau lembu-lembu itu. Kalau dibiarkan lama-lama mereka akan lulus ujian ijazah sarjana sekelas kalian.” Sindiran beracun sengaja dipanah ketika beliau mengelih sekawan lembu yang menceroboh padang bola di pinggir kampus. Senyumnya melebar. Puas!
“Tak mengapa Prof, biar lembu-lembu itu belajar lama sedikit. Jika mereka lulus Ph.D, bolehlah mereka duduk sejabatan dengan kamu!” Rakan sekelas Selman membidik tepat. Hilai tawa menjadi bahasa di dalam dewan kuliah beberapa bentar. Aku terpana dicuit kejutan menyaksikan situasi yang tidak pernah kualami.
“Selamat datang ke Turki! Kami sangat menghormati orang yang memuliakan Islam. Tetapi untuk pensyarah seperti tadi aku langsung tidak bersimpati walaupun dia disindir lebih tajam dari itu.” Hangit kejutanku dihidu Selman sejurus tampang Prof. Ayhan Erkan lesap dari ruang retina. Kaul Selman, Prof. Ayhan Erkan seorang pendokong politik sekularis, pimpinan Mesud Yilmaz. Beliau membenci jawapan peperiksaan pelajar bersandarkan Al-Quran dan Al-Hadis, memada dengan logik akal!
Usai kelas, aku dikenalkan beberapa orang pensyarah termasuk Profesor Ahmet Davuto yang pernah berkhidmat di Malaysia. Kami saling bertukar beragam isu menarik dan terkini. Mengejutkanku apabila dikhabarkan yuran pengajian peringkat sarjana di Universiti Marmara hanya USD100 setahun! Wah, beruntung!
“Kami mahu pelajar, bukannya duit. Di sini, kualiti tesis dan penyelidikan kami utamakan.” Jelas Prof. Ahmet Davuto ketika melihat aku melongo mendengar taklimat beliau. Aku nekad melunaskan pengajian sarjana di sini. Bumi khalifah!
TIGA
Petang beransur senja. Mentari pulang ke peraduan. Langit luas terhias purnama penuh yang dihinggap jutaan bintang timur berkedip-kedip bak intan tumpah. Cahaya kosmik cerlang gemilang.
Aku masih bermalam di Gaye Vakfi, Yeni Sahra. Gaye Vakfi, badan NGO yang menyelaras apartmen tersebut. Sekali gus aku tertarik pendekatan Gaye Vakfi. Di Turki terdapat ramai ahli perniagaan Muslim yang komited dengan Islam. Mereka menguasai syarikat-syarikat terbesar Turki seperti Kompasan. Melalui pungutan zakat fleksible, ramai ahli perniagaan membayarnya dengan menaja asrama kediaman pelajar yang dikira asnaf fi sabilillah. Ahli perniagaan ini akan menampung bayaran sewa, menyediakan beras, kupon roti dan bayaran bil. Tuntas, pelajar-pelajar universiti di Istanbul dan beberapa bandar lain yang kurang mampu boleh tinggal secara percuma. Syarat yang dikenakan mudah sahaja, pelajar-pelajar ditaja wajib menghadiri program pengajian yang diadakan di masjid berhampiran asrama tersebut.
Aku belajar beramah-tamah dengan rakan serumah Selman. Penguasaan Bahasa Turkiku masih ditahap sederhana. Kadang-kadang aku mengambil masa terlalu lama untuk memahamkan mereka, juga sebaliknya. Namun hati yang dikurniakan oleh Pemilik Alam ini betah meladeni. Masih tegar berhubung kendatipun memaksaku menulis atau melukis ketika bertatih bertutur. Segalanya berbalik pada hati. Jika hati mahu segalanya pasti berlaku, jika hati enggan segalanya merusuh sakan. Benar, kecanggihan dunai global yang menghamilkan sarat teknologi demi merealisasi dunia tanpa sempadan. Melahirkan beribu-ribu model alat komunikasi sofistikated. Tidak bererti jika hati tidak ingin mesra dan menjauh.
Selman tinggal dan membesar di Bolvadin, sebuah bandar di Wilayah Afyon. Anak lelaki tunggal dari tiga beradik. Selman telah menghafal isi Al-Quran ketika berusia 14 tahun. Rupa-rupanya majoriti sahabat serumah Selman adalah huffaz belaka. Yang paling kuat hafalannya Hasan dan Mustafa. Aku begitu cemburu.
EMPAT
Ba’da Isya kami menziarahi teman-teman Selman berbangsa kurdi. Mereka majoritinya sefakulti Selman, Ilahiyat. Kami berlabun-labun sambil menikmati kuaci biji labu berselang-seli cicipan teh dari daerah Rize. Ketika kami enak berbual, Abdullah bingkas bangun menekan punat televisyen. Oh, Berita Jam Sembilan rupanya! Aku belum melihat individu yang sangat fokus seperti Abdullah dan teman-temannya. Menonton berita dijadikan agenda terpenting mereka.
Salah seorang dari mereka menelefon ibunya di kampung. Tentunya di timur Turki. Entahlah, aku sendiri kurang pasti sama ada di Bingöl ataupun di kawasan yang berhampirannya.
“Selam aleyküm, mak. Apa khabar? Oh begitu ke? Minggu ini siapa yang mati? Hmm, sabarlah mak ya... aleyküm selam!” Suaranya lirih mengendur.
Kenaling. Nubariku terusik. Dadaku padat dan sendat. Menyimpan jutaan kesulitan di ruang sempit yang menghimpit. Khabarnya itu perbualan biasa setiap kali menghubungi ibu di kampung. Minggu ini bapa saudaranya ditembak dan tubuhnya tercampak ke dalam longkang.
“Entahlah siapa yang menembaknya, tapi kami di kampung memang biasa mengesyaki ia perbuatan askar Turki.” Sambungnya mendatar.
Gumpalan fikiranku berarak keluar dari kepompong. Membuyar. Mengapa nasib bangsa Kurdi begitu? Jumlah mereka ramai. Bukan minoriti sebarangan di Turki. Aku menyedari bangsa Kurdi ini menerima nasib yang sama di seluruh negara mereka berkelana. Etnik minoriti di Iraq, Iran, Armenia dan Syria.
“Kerana itulah kita mesti bebas dari Turki. Kita kena keluar dari negara ini!” Suara Abdullah bergetar. Nadanya tegang. Bibirnya diketap geram. Aku mula memusatkan gumpalan fikiran yang membuyar sebentar tadi.
“Kalau kamu keluar dari Turki, negara apa yang bakal kamu bentuk? Apa pasaknya?” Aku maju bertanya.
“Itu tidak penting. Yang utama sekarang bangsa Kurdi mesti ada negara sendiri. Hanya itu!” Abdullah memasak besi emosi.
“Jika kalian bentuk negara Kurdi yang paksinya selain Islam, ia hanya mengundang petaka berganda. Kalian digeruni lantaran memiliki koleksi ulama dan pahlawan ulung seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Bediuzzaman Said an-Nursi. Andai enggan mengamalkan perlembagaan Islam di negara impian kalian, sekadar bersandar pada angka majoriti. Sia-sia! Kalian akan menindas bangsa Turki sebagaimana bangsa Turki menindas kalian sekarang. Apa bezanya?”. Sengaja aku menyuguh kiasan mantik. Biar tutur Abdullah dipandu iman bukan akal! Sahabat yang lain mengangguk akur. Abdullah mengetap bibir. Hakikat yang ditelan umpama belati tajam.
Sungguh, bangsa Kurdi amat digeruni oleh barat. Bayangan Salahuddin al-Ayyubi dan Bediuzzaman Said an-Nursi bergentayangan semasa mereka bersidang di meja Saiks-Pico pada tahun 1919. Persidangan itu membincangkan agenda faraid penjajah terhadap tanah umat Islam yang diwarisi seusai kemangkatan Khilafah Othmaniyyah selepas kekalahan Perang Dunia Pertama. Di dalam persidangan tersebut, diagihkan satu bangsa satu negara!
Sengaja peta Timur Tengah dilakar selela-lela kehendak emperialis. Satu-satunya bangsa yang ternafi hak sebuah negara bahkan peta dilukis bersilang-siur hanya kerana bangsa Kurdi. Peta Turki, Syria, Armenia, Iran dan Iraq diubah agar bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di semua negara tersebut. Itu strategi jangka panjang untuk melumpuhkan mereka.
Alasannya, detik Khilafah Othmaniyyah berada di ambang kejatuhan, bermacam bangsa bangkit memberontak. Bulgaria, Armenia, Arab, Slav dan yang lain cuba menentang. Masing-masing mahu merdeka dari ‘penjajahan Othmaniyyah’ kononnya. Satu-satunya bangsa yang tegar mempertahankan Othmaniyyah ialah bangsa Kurdi. Hanya kerana itu Ataturk telah membunuh ribuan pimpinan kaum Kurdi sebelum pembubaran rasmi Khilafah Othmaniyyah diuar-uar.
Sifirnya mudah. Jika bangsa Kurdi diberikan hak negara sendiri, dengan mudah mereka bakal menggoncang kuasa dunia membentuk empayar Islam yang unggul dan berwibawa.
Itu rasionalnya ketika aku menyanggah pendapat Abdullah. Bukan ingin mencipta provokasi. Aku enggan menghayun langkah sumbang dalam merencana. Padahnya Islam! Aku mengelih tubir mata Abdullah. Ada orakan kecil bergenang.
“Ah, apa yang kau tahu? Kau hanya mendegar, yang sengsara kami! Setiap kali pulang ke kampung, kami membasuh lantai yang dicemari darah kaum keluarga kami.” Abdullah sugul dan dongkol menahan perasaan yang membakar relung dadanya.
“Sabar...dengan sabar yang indah!” Aku menepuk bahunya.
“Aku akan pastikan kebangkitan Fatih Sultan Mehmet kali kedua. Merencana sebijaknya!” Nadanya berkobar.
“Sahabat, bukankah Saidina Ali k.w berpesan, ‘Binalah daulah Islamiyah dalam dadamu terlebih dahulu’, ertinya individu muslim yang berakhlak dengan Al-Quran dan As-Sunah yang mampu membina kembali daulah Islam yang pernah kecundang.” Gerak matanya cukup mendebarkan, ada nyalaan pawaka hamasah yang menjulang. Aku menyaksikan!
LIMA
“Anakku, yakinlah pada janji Rasulmu, bahawa engkaulah tentera yang dijanji-Nya dalam sabda baginda, ‘Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya!’ Bersiapsiagalah ke arah itu!” Ingatan As-Syeikh Ak Samsettin, keturunan Saidina Abu Bakar As-Sidiq r.a itu berpilin-pilin di benak Sultan Muhammad Al-Fatih. Baginda menghirup nafas. Dalam-dalam. Dilepaskan perlahan-lahan. Allah matlamat kami! Letusan kalimat itu menggegar jihat alam!

Ahad, Februari 26, 2006
Sekitar Peristiwa Penghujung Februari
21 Februari 2006
Ahli HEWI BKMIP sekitar 60 bersama 6 orang musyrif memulakan ekspidisi tepat jam 9 pagi ke perkampungan Qanatir menaiki feri. Perjalanan selama 1jam 30minit diisi dengan acara perasmian (yang dirasmikan oleh saya sendiri) dan pembentangan kertas kerja yang menepati tema MUKHAYYAM 'ARABI, Al-Lughatul 'Arabiah Ilmul Lughah At-Tatbiqi. Kertas kerja disampaikan oleh Saudara Fitri Nurul Ain adalah pelajar tahun 2 Jurusan Bahasa Arab yang menyandang Anugerah Mahasisiwi Cemerlang tahun sudah dengan merangkul keputusan terbaik, Jayyid Jiddan.
Saya sungguh terkesan dengan gaya penyampaian Fitri! Dia menguasai Bahasa Arab Fushah tanpa dipengaruhi walau sepatah perkataan dari Bahasa Arab Ammi! Ya, berkomunikasi dalam Bahasa Arab agak mudah (tanpa terikat dengan nahu dan sorof), sedikit sukar jika bertutur dengan menggunakan tatabahasa yang tepat. Disamping mewah perbendaharaan kata, ia mestilah kaya dan pelbagai ragam mengikut wazan. Sesetengah individu tertentu mahir bercakap dengan banyak perkataan di atas pelbagai wazan sedangkan di dalam otaknya menyimpan sedikit sahaja perbendaharaan kata.
Fitri menggesa para audien agar melakukan sedikit perubahan melalui anjakan paradigma.Ya! Keluar dari tempurung yang melindung! Ada beberapa modul yang disuguh sebelum sesi penerangan secara ringkas dan sendat. Kami diminta melukis 9 buah bulatan(yang dilukis dalam 3 baris dan 3 lajur), meletakkan 4 garisan tanpa putus yang melalui di atas 9 bulatan (modul budak KISAS) bermakna garisan akan terkeluar untuk mengenai 9 bulatan tersebut, itulah simile anjakan paradigma individu yang mahu memulakan langkah untuk bertutur di dalam Bahasa Arab. Kemudian kami diminta untuk membayangkan sebuah peti ais, seorang siswi diminta untuk masuk ke dalam peti ais tersebut kemudian cuba mengangakat peti ais itu dari dalam. Bagaimana? Anda dapat gambarkan yang anda berada di dalam peti ais kemudian berusaha mengangkat peti ais tersebut dari dalam? Secara logik dan bijak, anda hendaklah keluar dair peti ais tersebut dan barulah ianya dapat diangkat. Kata sakti adalah KELUAR.
Kami diterangkan struktur asas dalam nahu untuk memudahkan kami bertutur dengan baik. Melalui rangsangan yang disuguhkan memancing kosentrasi dan respon positif para audien. Saya juga tertegun dan terpegun!
Sampai di Qanatir kami meneruskan acara warming up, solat, makan, sukaneka, regu, dan acara bebas. Ketika berada di Qanatir para pesrta dikehendaki bertutur dalam Bahasa Arab sehinggakan ketika menyokong kumpulan masing-masing dalam acara sukaneka [lari ikat kaki, bawa bola ping pong dalam sudu, acara makan zabadi(yogurt), jeruk zaitun, telur rebus, dan tomato(semuanya hidangan berkhasiat untuk pelajar), dan tiup gula-gula dalam tepung.]
Azan asar berbaki 45 minit. Semua acara kami lunaskan tepat pada waktunya. Kini kami ingin menikmati acara bebas. Apa lagi jika tidak menyewa kuda, kerata kuda, motosikal dan basikal untuk pusing-pusing sekitar Qanatir! Saya tak akan lupa pengalaman pertama menunggang kuda. Kuda betina yang saya tunggang bernama ZIHAB/emas, berwarna kuning cair dan sangat agresif! Sesekali bikin saya tidak keruan dengan keletahnya yang sukar untuk dikawal. Saat dia bernakal-nakal saya bacakan selawat dan menggosok lehernya. Ketika menunggang Zihab, saya merasakan seolahnya kami adalah pasukan berkuda di zaman baginda Rasulullah. Bukankah baginda pernah berpesan agar diajarkan kepada anak-anak kita berenang, memanah dan menunggang kuda. Abah, anak abah dah pandai tunggang kuda!
Kami bersolat asar jam 4.00ptg dalam feri. Acara kemuncak adalah kuiz dan kotak beracun. Seterusnya acara penutup. Sepanjang perjalanan pemandangan amat mengasyikkan. Feri kami menyongsang arus Nil yang deras. Tak terbayang dasar nil yang mambiru. Saya sempat mengambil gambar sepanjang sungai Nil dan ketika mentari dirangkul senja melalui kamera telefon bimbit. Kesibukkan menjadikan saya teralpa untuk membeli filem. Alternatifnya mujur ada. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Sungguh Nil punyai pesona tersendiri. Saya teruja 'mengaruk' atau 'berendam' dalam Nil jika berpeluang!
Perjalanan pulang dari Qanatir saya terima sms dari kak long. Khabarnya urusan perpindahan kami sekeluarga ke Taman Tualang Indah beres, alhamdulillah! Dan kak long diterima mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto (Sekolah lama kami).
22 Februari 2006
Saya teruja menggarap idea baru berkitar pada isu etnik kurdi minoriti di Turki, Syiria, Iraq, Iran dan Armenia. Saya ingin singkap mengapa peta dunia lakaran imperialis bersilang-siur, bengkang-bengkok? Apakah pelan jangka panjang yang memaksa mereka menjadikan etnik kurdi minoriti di lima buah negara tersebut??? Doakan pendedahan saya ini berhasil membuka mata remaja! Letah-letai semalam masih berbaki, kaki dan lengan saya diterpa lenguh. Malam ini saya akan mengerjakan cerpen ini. Saya ingin mengenalkan kepada anda siapa ulama dan pimpinan agung berketurunan kurdi. Ya, malam nanti. Insya-Allah!
25 Februari 2006
Saya usai menyiapkan KERDIPAN NAJAM TIMUR. Terus-terang, saya tidak mampu hanyut bersama plot yang dicipta. Entahlah! Saya sering kepenatan akhir-akhir ini. Saya tidak terfikir untuk menghantarnya kemana-mana penerbitan buat masa ini, lantaran ia dalam proses 'peram'. Sengaja saya paparkan di sini untuk bacaan umum. Saya mahukan komentar anda. Ya, anda!
'Kalau kamu merasa penat dalam melakukan kebaikan, kepenatan itu akan hilang. Kebaikan akan kekal. Namun, andai kamu merasa seronok melakukan kejahatan, keseronokan akan hilang. Akan kekal kejahatan...'
Esok adalah ulangtahun kelahiran saya yang ke-24. Bermakna saya sudah diambang akhir remaja sebelum menginjak usia sukuan abad! Saya mencongak prestasi dan potensi diri di celah takah umur yang melebihi jemari kedua belah tangan. Semacam sifar! Saya kewalahan seketika. Ah, ubatnya saya perlu bercakap-cakap dengan ma dan abah. Esok saya nak berpuasa sempena hari kelahiran saya. Saya nak ungkapkan penghargaan teristimewa untuk ma dan abah. Betapa bernilai segunung kasih yang terbenam berlian berharga di dasarnya. Matlamat saya masih sama. Dulu, kini dan selamanya..."Syabun nasya'a fi ibadatillah..." Sebagaimana yang disebut Habibu Ar-Rahman dalam hadisnya.
Anda tahu, sekuntum lagu yang disematkan di gegendang oleh ma ketika saya melangkau pra-mumayyiz masih segar dalam ujana ingatan hingga kini...
'Bintang kecil
Di langit yang biru
Amat indah
Menghias angkasa
Ingin aku
Terbang dan menari
Jauh tinggi
Di tempat kau berada'
Waktu itu saya begitu ghairah untuk menari-nari dan terbang ke bintang. Ingin sekali saya petik bebintang kejora untuk saya sisipkan ke sanggul ma. Biar wajah ma sentiasa memancar dan berseri imbasan andang najam dan pancaran kasih sayangnya yang mewah. Biar alam diselubung cahaya cerlang gemilang. Biar isi alam kagum dengan puspawarna yang membias.
Teringat waktu-waktu yang saya habiskan bersama abah ketika kanak-kanak. Saya gemari tembikai merah/timun cina. Abah akan potongkan tembikai dan tunggu hingga saya habis makan. Kemudian dia akan meladeni kerenah saya sehingga saya katakan, "Abah, angah dah tak mau."
Lakaran bait:
Pesan abah,
Puteriku
Sekuntum mawar harum
Jangan diurung kumbang asing
Warna yang garang
Jangan dibiar menyilau pandang
Kelopak memekar
Usah luruh sebelum ketikanya
Pesan mama
Buah hatiku
Turuti resam semalu
Menguncup pantang disentuh
Ertinya malu perhiasan termahal
Berduri perisai peribadi
Tanda harga diri tiada galang ganti
Cengkaman akar di muka bumi
Terikatnya hati pada Pemilik Abadi
Menguncup tatkala disambar si guntur senja
Malam bukan mandala berpeleseran
Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri usianya amat pendek, bermula dari dia dilahirkan hingga kematiannya menyapa. Namun jika hidupnya untuk berjuang, usianya panjang, bermula dari diciptakan Adam a.s dan berakhir tatkala dimusnahkan alam- Sayyid Qutb-

Ahad, Februari 19, 2006
Catatan Tertangguh
2 Februari 2006
Saya mendapat jemputan ke walimatul 'arus 5 pasangan di Rumah Kelantan Baru(RKB) KPKM bersama seorang pengiring. Salah seorang dari pasangan itu, Firdawati Derahman Timb. Pengarah Urusan Buletin KERIS (Kelab Karyawan Islam Kelantan). Gembira bertemunya yang kini sudah bertukar status. Nyata dia masih happy go lucky seperti selalu. Manis sungguh dia di hari bahagia. Saya bisikkan di cupingnya, "Selamat Pengantin Baru. Moga kekal hingga ke Syurga." Lalu dia mengukir ibtisam dan berujar, "Awak orang pertama ungkapkan ucapan sebegini." Kami bersalaman menggengam jemari. Erat! Ya, pengalaman berurusan dengan Firda ketika menjadi kolumnis tetap Buletin KERIS cukup menyenangkan. Dia seorang yang bersahaja dan kelakar. Tak pelik, kami jarang bersua tapi andai berjumpa seperti kenalan lama! Memesrai dunia penulisan di Mesir membenihkan ukhuwwah yang luar biasa antara kami. Bukan sahaja akidah yang bersimpul, bahkan hadaf, idea dan kebersamaan kami menjadikan angkatan penulis Mesir punya keampuhan! Harapnya.
5 Februari 2006
Saya perlu hadiri undangan mesyuarat Unit Khas UPP HEWI PMRAM. Uhh, saya terpaksa mengumpul semula memori yang berteraburan dan merangka elok-elok setiap responsif sidang komuniti ADABUNA, lebih-lebih lagi isu penubuhan Majlis Penulis PMRAM(MPP)
MPP adalah organisasi baru yang direncanakan oleh PMRAM bagi memantau setiap program yang diselenggarakan sepenuhnya oleh komiti MPP. MPP bakal menganjurkan Kem latihan Penulis (KELAP) yang menawarkan pelbagai aktiviti penulisan antaranya:-
-Seminar dan pembentangan kertas kerja penulisan kreatif dan non-kreatif
-Bengkel penulisan, forum dan talk show
-Sayembara penulisan kreatif dan non-kreatif
-Small gathering
-Bertindak sebagai penyunting rasmi bagi Suara Kampus dan mana-mana novel mahupun antologi yang diterbitkan di Mesir.
-Mengadakan Hari Penulis
-Projek Rekacipta weblog dsb
-Menerbitkan buletin secara berkala kepada ahli PMRAM khasnya ahli MPP.
MPP akan menyerapkan peserta KELAP ke ADABUNA Yahoogroup yang menghimpunkan penulis mapan seperti moderator ADABUNA Mohd Nazmi Yaakob, Zaid Akhtar, Amiza Khusyri, Almarjan Yusuff, Ahmad Ubaidillah Alias, Syarifah Salha Syed Ahmad agar interaksi maya menjadi katalis kepada bakal penulis juga penulis muda. Disamping itu MPP sedayanya menerbitkan buletin berkala untuk bacaan bakal penulis sinambungan dari Buletin Ada Apa Dengan KERIS sebagai buletin rasmi MPP.
Anda ingin menjadi penulis? Mulakan saja di mana-mana!
6 Februari 2006
Ketua Unit Penerbitan dan Penerangan BKMIP, Nadia minta saya siapkan ucapan alu-aluan sebagai pembuka tirai Suara Kampus Edisi Pahang, sekadar kalam sekapur sireh seulas pinang. Bila saya bisa siapkan? Dalam sisipan al-Mumtahanah saya diminta memegang kolum 'Rencam Wanita Akhir Zaman'. Bila pula saya akan lunaskan?
Ya, sudah tiba masanya saya memotivasikan diri sendiri. Miliki hamasah yang jitu seperti Saidina Ja'far b. Abi Talib r.a yang syahid di Mu'tah. Semangat dan hamasah yang memekat dalam jiwa dan imannya menjadikan beliau gagah perkasa menjulang panji walaupun sesudah kudung tangan dan kaki bahana dilibastebas pedang musuh! SEMANGAT yang dipertaruhkan hasil dari taqarub kepada Allah yang sangat tinggi, akhirnya beliau diganjari SYAHID!
Moral- SEMANGAT mampu mengatasi suntuk masa, letah-letai, juga hambatan yang rencam dan pelbagai. Terima kasih Sifo Amiza. Anda banyak mengingatkan saya!
7 Februari 2006
Saya sungguh-sungguh terusik. Memikirkan masa depan penulisan saya. Bukan, saya tidak berniat untuk berhenti seketika. Cuma adakala majal idea bertandang, saya tak berkesempatan langsung untuk keluar dari 'kamar sepi' membawa pena dan cebisan kertas sambil berkitar-kitar seputar bandar Abas al-Aqad mengutib idea dan falsafah baru. Beberapa cerpen tersadai dalam Floopy A mahupun Floopy Mind!
Kadang-kadang anda menyangka saya sudah putus asa kerana saya masih belum 'lulus' dan tidak cukup handal menembus tembok editor. Putus asa moga dijauhkan. Mungkin kekecewaan sekadar terkepung di kuala hati. Untuk apa saya menulis? Siapa yang akan menilai gagasan dan tema yang saya angkat dalam setiap karya yang dipaparkan? Biarkan...masa dan keadaan akan menjawabnya.
8 Februari 2006
Saya diminta hadir ke mesyuarat Suara Kampus Edisi Gabungan(SEGA) bil-5. Saya belum pernah berkerja untuk SEGA setakat ini. Peluang yang diberi tidak saya sia-siakan. Saya diminta menjadi pembaca pruf. Berkerja dengan Ketua Editor, saudara Mohd Ariff Fadhillah dan Timbalannya saudara Ida Idayu dari negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga mencipta satu kelaian dalam mandala pengurusan yang cermat dan penelitian yang telus. Saya menghadiri mesyuarat tersebut bersama YIET yang mewakili DPM Tanta. Untuk kali pertama saya menekuni kertas kerja cadangan SEGA bil-5 yang sangat sempurna dari sudut perancangan, bidang tugas dan gerak kerja. Sukma kami memutik kagum dari benih semangat yang ditabur. Moga keikhlasan, kesabaran dan kesungguhan menjadi tunjang dalam katalis sidang editorial dan pelaksana.
12 Februari 2006
Saya dan YIET menghantar kak long ke airport. Malam ini malam terakhir kami berkumpul dan bertemu mata. Keadaan kesihatan saya agak kritikal sehingga kehibaan saat itu seolah terpinggir beberapa bentar. Menjelang tiga tahun saya tinggal bersama kak long sejak menghuni daerah Assofirah Beach, tambahan kami teman serahim. Banyak perkara saya pelajari darinya. Saling membakar semangat menuntut ilmu antara kami bahkan berkongsi kecenderungan dalam penulisan. Kak long bertanggungjawab menghela saya ke gapura penulisan ketika saya di tahun satu pengajian sesi 2002/2003 yang dibimbing oleh Saudara Mohd Nazmi Yaakob, Ahmad Tarmizi Ismail, Almarjan Yusuff dan Masrati Muhammad. Sungguh! Saya akan merasai kehilangan sepertimana saya lalui ketika kak long tinggalkan saya saat permusafiran ilmunya satu masa dulu. Bayangkan, segala perkara kami lakukan bersama, setiap keputusan kami capai sekata, tiap langkah kami jejak bersama, amukan amarah saling reda-meredakan, gembira derita dikunyah ditelan, tiba-tiba segalanya sirna dan berlalu. Anda tidak merasakan itu adalah kehilangan yang paling besar dalam hidup??? Malah!
Lakaran bait:-
Mentari bangkit mengeliat
Berguguran kemilau dedaun sinar
Aku dipagut keterharuan
Bibit kecewa kian mengental
Rasional kupintal bagaikan diurai
Angin timur bertiup kering
Aku melamun-lamun sendiri
Berkhayal duduk memunggah
Bongkah-bongkah memori silam yang klasik
Dan mimpi-mimpi puspawarna
Di zaman keharuman usia remajaku
Kehidupan umpama kanvas
Terpalit warna pelbagai citra
Kuladeni kronologi diari
Babak kehidpan yang dipentaskan
Bergentayangan
Berpilin-pilin tiap jihat
Pernah aku diterpa remuk rengsa
Benteng akalku punah digegar samudera lara
Aku meraba aur di tebing
Kandaku muncul tanpa kupanggil
Menyeka deraian derita biar tangisku lekas reda.
* Cik Ima, thank's for ur concern! I'm so appreciated that...
19 Februari 2006
Makluman kepada ahli HEWI BKMIP sekitar Kaherah dan Muhafazah (Mansourah dan Iskandariah)
Insya-Allah Unit Dakwah, Unit Pengetahuan dan Pendidikan, dan Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI BKMIP akan mengadakan program MUKHAYYAM A'RABI bertemakan ' Al-Lughatul 'Arabiah Ilmul Lughah At-Tatbiqi' bertempat di Qanatir pada 21 Februari 2006 bersamaan 22 Muharram 1427H, hari Selasa. Pendaftaran sebanyak Pound Egypt 30 (tambang, makan, dan sisipan). Anda semua dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan ujana ilmu. Perjalanan program secara ditil boleh dirujuk kepada Pengarah Program, Tg. Ainul Farha Tg. Abd Rahman.
Antara objektif program yang disasarkan:-
-Mengeratkan ikatan ukhuwah dikalangan ahli HEWI BKMIP
-Memartabatkan Bahasa Arab dan galakan untuk berkomunikasi di dalam bahasa ini.
-Menambah perbendaharaan kata Bahasa Syurga dikalangan ahli
-Mencungkil dan menggilap bakat baru menerusi acara ilmiah dan sukan
-Menyemai semangat sayang dan cintakan BKMIP
- Proses pertama bagi bacaan pruf SEGA bermula hari ini.
Lakaran bait:
SELAMAT HARI LAHIR
(Syabun nasya'a fi ibadatillah/Pemuda pemudi yang membesar dalam beribadah kepada Allah)
Menyingsing tabir alam
Pagi nirmala bertatah suria cerlang
Ambalan langit nilakandi terbentang
Ropolan awan berarak malas-malas
Aku terkelintar memerhati sekeliling
Hari apakah ini?
Duha
Derai kokok jantan bersahutan
Ragam warna jalur kehidupan
Menganyam bilah pagi berseri
Senyuman itu enggan layu
Walau kerap diburu celaru
Aku
Kerap tewas merabakkan aspirasi
Masih setia mengental niat
Memunggah sesal menghumban lara
Biar jiwaku malar perkasa
Teman
Kalian ibarat andang
Sering mengocak tasik khayalan
Menghela aku melepasi dimensi maya
Biar aku berpijak dipaksi nyata
Selamat hari lahir diucapkan
Tanda penghargaan tidak berkurangan
Ingatilah pesanku ini
Amra jangan disangka kedondong
Prinsipmu jangan dituruti kiambang
Amal soleh bahtera penyelamat
Sedang dunia sang samudera ganas
Berteguhlah
Bertaqwalah
Walau dimana kalian berada
Meskipun keruh kondisi jiwa
Biarpun nanar memamah minda
Ia akan lesap, luput dan sirna
Bak kabut dilanggar kawanan angin TAQWA
- Dedikasi-
Selamat Hari lahir buat teman-teman yang menyambutnya pada bulan Februari, Mayna 5/2, Cik Ukashah 20/2, Zaki 24/2. Domo arigatou!

Langgan:
Catatan (Atom)