"Masa kita kalau bukan untuk orang yang kita sayang, untuk siapa lagi?" -MTA
Selasa, Disember 06, 2011
Isnin, Disember 05, 2011
'Take Over' Kerja Tuhan
Masuk campur kerja Allah mengambil nyawa hamba-Nya?
Teruja melihat kehancuran orang yang dibenci setelah berusaha memusnahkan hidupnya tidak berhasil, ingatlah Allah SWT sebaik-baik perancang. Derita adalah dugaan. Ia akan menjadi sumber kekuatan kepada insan yang diuji. Justeru, CCTV Allah SWT merakam setiap gerak dan detik hati hamba-Nya dan percaya setiap perbuatan baik dibalas dengan kebaikan dan perbuatan jahat dibalas dengan kejahatan. Kalau derita ditinggalkan dan flashback setiap memori silam anda fikir menyakitkan, ia belum cukup sakit dikhianati menggunakan perantaraan jin dan syaitan yang menghentam jiwa dan fizikal anda.
Tidak hairan, orang yang mati akibat menderita sakit begini dikurniakan syahid 'dunia' dan pesakit yang sembuh daripada derita sakit 'gangguan' dianugerahkan oleh Allah SWT jiwa ampuh dan keras keyakinan setelah disuguhkan duga demi duga. Anda yang bersubahat dengan kerja syaitan, pilih antara dua; mahu bertaubat dan memohon kemaafan atau dengan senang hati menerima setiap inci balasan bahana 'kerja' terkutuk anda mensyirikkan Allah dan berlaku zalim sesama manusia?
Derita dunia tidak sehebat derita akhirat...
Jumaat, November 04, 2011
Baik; Kerancuan Definisi
Satu kes perceraian berlaku setiap tiga jam dalam sehari! Hingar-bingar tabloid, akhbar, sembang pagi di radio mahu pun TV memerikan hal perceraian di Malaysia. Berdasarkan statistik perceraian tahun sudah mencatatkan 28, 035 kes dan secara purata perceraian melibatkan 77 pasangan sehari. Banyak pendapat diutarakan dan pengalaman pasangan bercerai diapungkan sebagai perkongsian, pencerahan dan seumpamanya.
Pelbagai pihak membuat tinjauan mengapa pasangan mudah bercerai sedangkan masing-masing mengakui pasangan mereka baik, ideal dan penyayang? Biasanya penilaian akan dibuat berdasarkan kemampuan pasangan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, faktor ekonomi, cinta kasih, perubahan fizikal, layanan dan kemesraan, kemampuan seksualiti dan seumpamanya. Tetapi, berapa ramai yang menyedari bahawa kehancuran 'masjid' disebabkan tiada nilai 'jamaah' di dalam 'rumah dan tangga'? Adakah menilai calon isteri yang baik daripada tutur kata dan pergaulan sosialnya sahaja? Adakah menilai calon suami berdasarkan kekuatan ekonomi dan rupa parasnya?
Kelemahan individu mencerna ajaran Islam dalam kehidupan menyebabkan penilaian mereka terhadap alam rumahtangga terlalu dangkal. Sebagai contoh, calon isteri yang boleh dikategorikan baik, bukan hanya pada keturunannya, kecantikan, kekakayaan dan kedudukan dalam masyarakat, tetapi bagaimana wanita ini taat kepada perintah Allah dan sejauh mana dia menghayati ajaran Rasulullah. Begitu juga soalnya dalam memilih calon suami, kayu ukur kebaikan bakal pasangan hidup adalah setinggi mana komitmen mereka terhadap ketaatan mereka kepada Allah dan Rasulullah SAW. Menjadi mukmin yang konsisten memerlukan mujahadah, kesabaran dan ketabahan. Justeru, hanya individu yang benar-benar mengadaptasi ajaran al-Quran dan sunah akan lebih matang, bersyukur, bertoleransi, berlapang dada, ithar, mawaddah dan rahmah sehingga dianugerahkan keberkatan oleh Allah SWT kepada pasangan.
Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa apabila melabelkan 'BAIK' kepada calon suami atau isteri. Kerana label yang diberikan boleh memakan diri jika definisinya menyalahi perintah Allah. Baik, bukan pada adab, budi dan pekerti individu secara total, tetapi kesungguhan mencintai Tuhan dan nabinya sehingga melahirkan akhlak mahmudah menjadikan manusia itu soleh dan diberkati.
Selasa, Oktober 25, 2011
Pernikahan Teman Baik Saya
My best friend wedding...
"Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan ke atasmu serta
mengumpulkan kalian berdua (pasangan) dalam kebaikan. Ya Allah!
Sesungguhnya Engkau tahu, bahawa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam
naungan cinta-Mu, bertemu dalam ketaatan, kuatkan ikatan keduanya, Tegakkan cinta keduanya dan satukan mereka
dalam kasih sayang dan ketaqwaan
Dan jadikan kediaman mereka
Kiblat, Syurga dan Kediaman yang Tenteram. Dan limpahi kediaman mereka dengan cahaya-Mu yang tidak pernah malap dan
peliharalah kediaman mereka dengan malaikat yang tidak pernah lalai dan janganlah
Engkau jadikan kediaman mereka kediaman yang menjadi rumah syaitan dan bukan juga
kediaman yang gelap zulmat.
Dan Engkau kurniakan buat
mereka zuriat yang diberkati dan soleh, dan jadikan keduanya pasangan yang
sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, sentiasa mengingati syariat-Mu, juga mengamalkan sunah Nabi
Muhammad SAW. Semoga Allah memberi
keberkatan kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kalian berdua (pasangan)
dalam kebaikan..."
Tips untuk Anda dan Saya!
* Jangan
teruskan hubungan dengan lelaki yang tidak mahu mempunyai anak dengan kamu,
kerana dia hanya mementingkan dirinya dan tidak meraikan naluri keibuanmu.
Maaf, dia juga tidak ada mawaddah dan rahmah terhadap kamu. Percayalah, tak
rugi kalau kalian berpisah hanya kerana hal ini
* Kalau dia
mengutuk masakan kamu tidak sedap tanpa rasa kasihan dan berkecil hati pula
apabila kamu 'mengusik' teh buatannya tidak enak, situasi ini jelas bahawa dia
tidak menghargai kamu dan menganggap kamu hanya 'barang' kecil dalam hidupnya.
*Jika dia
enggan membelikan rumah untuk kalian berteduh dan mengharapkan kamu mengadakan
keperluan asas, ini adalah alasan terbaik untuk kamu menarik diri dari dia.
Percayalah, Allah telah menjauhkan kamu dari lelaki sebegini. Jangan menangis
dan sedih, sebaliknya bersyukur yang kamu belum diijab qabul. Bayangkan, kamu
perlu berkerja keras sepanjang hayat dan hidup dengan lelaki yang tidak
menghargai kamu hingga mati! Jangan bayangkan, ia sangat teruk!
Selasa, Oktober 18, 2011
Hujan Pagi
Pagi ini saya mengenakan kurung pahang rona biru navy dengan hiasan figura kuntuman ros. Saya mahu nampak cantik hari ini! Rasa teruja ketika menggosok kain viscose yang saya beli sebelum Ramadan dan siap dijahit bulan Zulkaedah. Adik lelaki saya jatuh gering sejak malam. Tak mengapa, saya boleh naik bas ke pejabat pagi ini. "Hai, pakai cantik-cantik, naik bas je?" Adik saya buat-buat bertanya sambil terpingkal-pingkal gelakkan saya. Hujan pagi ini buat saya benar-benar hiba. Sampai di stesyen bas, ibu jari terkepit di pintu kereta, menahan kesakitan dan bisa denyut dalam ngauman tua bas BEE HUAT. Saya memilih untuk turun di Rimbun Buluh depan Masjid Negeri, bercadang mengambil bas City Liner laluan ke Kubang Buaya..."Maaf, perkhidmatan bas ke laluan itu sudah ditamatkan sejak 2003!" Oh, saya tak tahu pula...terimbas bas selesa berwarna merah hitam, penghawa dingin yang efektif dannnnn saat manis bersama batch KIBA 2002 berlibur di Kuantan Parade hujung minggu, buat saya tersenyum sendiri. Hujan pagi, saya merasa hiba sekali...
Langgan:
Catatan (Atom)





