Khamis, Mac 04, 2010

Lelaki Baik VS Lelaki Beradab



Lelaki baik adalah lelaki yang semestinya baik, bijak, bercakap perkara yang penting sahaja, lemah-lembut. Tetapi belum tentu lelaki baik ini adalah lelaki beradab. Saya pernah ditanya berkenaan perihal seorang lelaki yang memang terkenal dengan baiknya dia (ketika itu, lelaki ini bakal menikahi anak saudara si penanya). Jawapan yang boleh saya berikan adalah “Dia budak baik.” Malangnya setahun kemudian saya didatangi lagi oleh penanya tadi. “Kau kata si fulan itu budak baik, kami bertandang ke rumahnya langsung tidak di layan, hanya melayan tetamu yang dikenali sahaja, jika saudara yang tidak dikenalinya tidak dilayannya, keluar bekerja langsung tidak bersalaman atau memaklumkan yang dia akan keluar bekerja mengikut syif kepada tetamu di dalam rumahnya”. Jawapan saya, “Belum tentu lelaki yang baik itu beradab.” Saya pernah berjumpa lelaki kedua yang dilabelkan orang sebagai lelaki yang baik ini, langsung tidak ada adab isti’zan (adab meminta izin untuk masuk/keluar rumah. Malah, sangat ego untuk menghulurkan tangan kepada bapa dan ibu mertua sebelum keluar dari rumah. Jika ditanya kepada teman si fulan ini, tiada siapa yang memperkatakan keburukannya. Semua perihalnya yang muluk-muluk belaka diceritakan. Saya semakin hairan, kerana lelaki sukar untuk dididik berbanding wanita.  Malah, lelaki yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Islam ini tidak melayan ayahnya sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran. Saya semakin hairan dengan lelaki begini. Kalau hanya rupa yang jernih, lemah-lembut tetapi belum tentu beradab dan bertanggung jawab…lelaki ini tidak layak dilabel LELAKI BAIK, cukuplah mereka ini diletakkan di dalam kategori LELAKI dalam kotak JANTINA

6 ulasan:

myusman berkata...

Samada Lelaki mahupun perempuan kedua2nya diasuh oleh seorang ibu.

Faizah Azaman berkata...

myusman,

Itu salah satunya. Tetapi ini berkait rapat dengan attitude seorang lelaki.

krupkraps berkata...

Antara yg baik tp tidak beradab dgn yg beradab tp tidak baik, yg mana lebih baik? Sukar utk mendapatkn keduanya pd diri seseorang. Kalau ada, itulah yg terBAIK.

Faizah Azaman berkata...

beradab bukan baik ke krupkraps?:-)

krupkraps berkata...

Entahla cik Faizah. Ia terpulang kpd bagaimana awak faham akan definisi 'baik' itu. Saya ada seorang sahabat yg sangat menghormati ibu bapa /mertua dan org yg lebih tua daripadanya. Tapi dlm bab solat dia agak 'terkebelakang'. Rasanya dia belum mencapai 'standard' baik itu sendiri.

Faizah Azaman berkata...

Ya, baik itu perlu seiring dengan adab. Saya kurang minat polemikkan isu ini. Ia sekadar kritikan sosial yang sengaja saya lontarkan. Moga ada manfaatnya ya encik krupkraps.