Jumaat, Februari 19, 2010

Weltanschauung-Shahnon Ahmad


Dibeli pada 1 Januari 2009 di jualan gudang DAWAMA. Ia sangat mengujakan sehingga saya mendapat potongan harga -RM20.00 daripada harga asal. Shahnon adalah Sasterawan Negara yang paling menyentuh alur kepengarangan saya. Selain dinobatkan sebagai SN pada tahun kelahiran saya, 1982 beliau turut memiliki identiti bahasa yang agam, murni, telus dan tajam. Pun, saya mengagumi pengarang ulung sepanjang zaman yang telah melalui denai kehidupan yang panjang dan berliku. Al-Fatihah untuk SN Shahnon Ahmad yang saya kagumi. Moga beliau sentiasa dalam keadaan sihat, thabat mengarang, diberkati hayatnya dengan karya-karya awet demi memandaikan bangsa.

2 ulasan:

~najihah faizah azaman~ berkata...

meninggal dah ker?

Faizah Azaman berkata...

ada ke aku cakap dia meninggal. Asal sedekah al-fatiha je meninggal...xsemestinya. Aku kan peminat tegar karya Shahnon, apa salahnya aku sedekahkan al-Fatihah, kakak...