Khamis, Mei 01, 2008

Selamat Tinggal Dayasari...Tempat Saya Menakung Budi



Kolej Kediaman Kelima tampat saya melepaskan lelah, menakung kasih dan melerai erti perjuangan. Kolej ini mengenalkan saya kepada acik Sarah yang sudah melimpah ruah kasihnya seperti kami sedaging sedarah, dinda Wan dan Jannah yang selalu-salalu membantu di saat sukar dan bersama di saat bahagia. Adik-adik jurusan pendidikan AI yang manja dan selalu berziarah:-Naemah, Lin, Kak Cik, Waheeda, Elle, Jiha dan nama-nama yang tak sempat saya sebutkan. Tetangga saya, Mandy yang ditil, Hema dan Puvaai yang manis dan senang bersapaan. Tak dilupakan Tan yang rajin menghantar senyuman ketika bertembung. Aduh, senang sekali saya menginap daerah kecil ini. Paling berjasa buat saya:-Ibu sawat wireless yang sentiasa mengadap pintu bilik dan memberi khidmat di saat-saat saya perlukan.

Oh, apa lagi yang saya rindukan tentang kolej ini? Pastinya kulliah maghrib mingguan di Surah Nurul Hidayah atau lebih dikenali dengan Balai Islam. Isnin menelaah tajwid bersama Ust Ridhuan-APIUM, Selasa belajar Fekah bersama Ust Zulhilmi-JAIK, Rabu mendengar Sirah bersama Ust Khairul-motivator dan Khamis menadah Tafsir atau Hadis bersama pelajar DPLI yang mempunyai ijazah dari Timur Tengah. Rindunya saat tangan bertaut dan mencium pipi mulus adik-adik jemaah surau usai solat. Bila lagi agaknya saya menjadi makmumah di surau kecil ini?


Saya bukan atlet KK5. Tapi setiap kali ke kelas aka AI(Akademi Islam) saya akan mengelilingi gelanggang tenis dan menuruni tangga curam disebelah belakang sana (yang banyak sekali pohon hijau merimbun tu...) Aduh, panasaran saya mengingatkan laluan saya saban hari dan kenangan indah-indah di sini. Mungkinkah berulang? Paling saya rindu, AI dan Kutubkhanahnya...kadang-kadang saya mengigil kesejukkan bila berlama-lama menelaah diperutnya. Saya ingin selalu ke sini, ingin selalu dekat dengan daerah ilmu ini...selamat tinggal KK5. Saya benar-benar rindu kehidupan kolej yang mendamaikan...

4 ulasan:

ummzaid berkata...

Salam alaikum..

Apa cerita ni angah? Study masih lg ke?

En iLHAM berkata...

Salam Alaik

Saya dengan tiada sengaja tersinggah di laman blog saudari.saya dapati ia kaya dengan pelbagai ilmu dan limpahan manfaat.harapan saya agar dapat melampirkan link blog saudari ke blog saya.itupun jika mendapat keizinan dari saudari.semoga kita sentiasa dapat berkongsi ilmu.insyaallah

Faizah Azaman berkata...

akak,

ceritanya berpindah tapi belum abis belajar ;-)

Faizah Azaman berkata...

Syamil,

Silakan Syamil...kita kongsi mana-mana yang bermanfaat. Syamil mantan MPR? Mesti banyak pengalaman...mcm mana boleh berminta sastera bernuansa Islam?