6 November 2007
Usai peperiksaan kertas Pengajian Syariah dan Orientalisme saya bersama teman memulakan perjalanan ke Singapura. Saya tidak punya banyak wang. Cukup sekadar tambang. Saya tidak bercadang langsung untuk membeli-belah. Cuma berhasrat membuat catatan kembara ketika menerima pelawaan teman. Saya teringat kata Prof. Dato' Dr.Mahmud Zuhdi, pelajar harus 'berlagak' seperti berduit. Musafir dengan wang yang seadanya cukup untuk membeli pengalaman yang tidak ada tanda harga.
Awalnya saya minta izin dari abah, mana mungkin abah izinkan memandangkan kondisi saya dalam peperiksaan. Sangkaan saya meleset sama sekali. Abah pesan di hujung corong telefon, katanya, "Pergilah, asalkan angah pandai jaga diri." Saya gembira dalam gusar. Kertas 15 November nanti subjek Athar Qawaid. Subjek teras jabatan Fiqh dan Usul.
Antara misi saya ke sana untuk bertemu adik angkat abah, pak cik Ahmad Wahab yang tinggal di Tempinis. Saya pernah berfoto dengan pak cik ketika berusia beberapa bulan. Juga pernah berfoto dengan isterinya, acik Rossita. Waktu itu pak cik Mad baru nikah dan acik Rossita sedang mengandungkan anak sulung mereka. Abah berkawan baik dengan pak cik sejak kecil hingga abah berpindah pulang ke Malaysia. Abah pernah belajar mengaji dengan ayah pak cik Mad ketika mereka berjiran. Saya akan perincikan lawatan saya ke Singapura. Dari jalan Sultan melalui jalan Pahang, Arab St, menaiki MRT di Bugis Junction melalui stesyen Aljunied, Kembangan, Pasir Ris, Tanah Merah, Bedok, Tempinis. Menaiki teksi ke Tanjung Pagar, melalui pusat bandar, East Coast dan pelabuhan. Menikmati keindahan Pulau Sentosa yang tidak pernah lelah menerima kunjungan pelancong. Ke Gaylang yang sinonim dengan orang melayu dan keenakkan cendol Gaylang Serai.
Juga kemesraan yang melingkari di saat menziarahi nenek Efa di Tempinis yang sudah berusia 90-an. Saya hiba lalu menangis mengingatkan arwah nenek dari sisi mama yang meninggal ketika saya di tahun dua pengajian di Universiti al-Azhar. Moga nenek Aminah diberkati usia dan sihat sentiasa. Catatan indah di Kota Singa akan saya tinggalkan di sini usai peperiksaan nanti.

2 ulasan:
salam perkenalan
nama saya nur asyhraff dari universiti college dublin
datang mesir tahun 2006 dan jadi ahli forum utk program bersama aceh
belum jadi doktor lagi
email saya acabeire@gmail.com
salam doktor,
ya, saya masih ingat tetamu jemputan kami.wah, tak sangka jumpa doktor kat sini. bila lagi nak turun mesir? jangan lupa ajak doktor hafizah sekali.:-)
Catat Ulasan