Jumaat, September 28, 2007

Pro-Mahasiswa







Aduhai, dengarnya pilihanraya kampus bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Bahang kian terasa. Kain rentang organisasi pelajar pro kerajaan mendominasi kolej-kolej kediaman. Saban malam flyer berbaur fitnah(diingatkan:di Bulan Ramadhan) menjadi kelaziman puak-puak ****%$si. Pelik dengan fenomena ini. Intelektual muda yang di ajar dan dididik bebas dan rasional untuk berfikir sebenarnya berjiwa terkongkong. Idealisme mereka dipandu seperti kerbau dicucuk hidung. Sifar pendirian, harga diri, ketrampilan dan syakhsiah. Kasihan...

Saya bukanlah pro mana-mana pihak, cuma saya seorang yang berjiwa dan berfikir secara merdeka. Konsep saya mudah, sebijak mana manusia berfikir dan beridealisme akal tetap menyokong wahyu, bukan wahyu di 'make up' semata-mata membela akal yang ’rosak’ dan 'sakit'. Sebenarnya saya melihat individu yang memakai lencana mahasiswa sudah kontang fikrahnya, lantas kekontangan ini dilahirkan melalui sifat dan pendirian. Langsung tiada beza dengan orang yang memakai lencana matrikulasi, diploma, spm atau yang langsung tidak berlencana. Kehidupn mahasiswa hanya tertumpu kepada kelas, kafe, library dan katil. Itu belum dicampur tolak dengan kaki clubing, kaki wayang, kaki futsal dan segala jenis kaki yang dilabel kepada mahasiswa terkini. Saya tertanya-tanya calon pascasiswazah boleh mengundi?

Tiada ulasan: