26 Ogos 2006
Sempena IKHLAS Hewi PMRAM 2006 yang berlansung dari 22 ogos hingga 27 ogos.
1515, SEJARAH YANG DIGELAPKAN
Olahan Faizatul Herda Mohd Azaman
Karya asal Faisal Tehrani (adaptasi dari novel 1515 pemenang tempat pertama HKSU 2004)
PERMULAAN PENTOMEN
Anak sembilang di tapak tangan
Di masak lemak buah bidara
Buat semua srikandi perawan
Assalamualaikum pembuka bicara
Dari Dewan Ibnu Sina kami mempersembah akan julung-julung kalinya sebuah epik sejarah, pantoman yang berjudul 1515 SEJARAH YANG DIGELAPKAN
Pengakhiran Pantoman
Hai...HEWIku menyaksilah dikau
Menjadi pemangkin yang bersemangat jitu
Agar kami bisa berdiri, tegak dan segak
Bagaikan…Srikandi Islami
Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Kami puteri gagah berani
Di pencak MANIS kami beraksi
Selesai sudah pantoman kami
Silap dan salah harap dimaafi
Tun Nyemah Mulya hanya ilusi
Berkongsi Ibrah intanbih nafsi
Seikhlas hati kami memberi
Kaherah, Mansurah dan Iskandari
Sebelum kami mengundur diri
Dengarlah pantun penghibur hati
PANTUN PENUTUP
Pergi kembara ke negeri Sailan,
Merantau berzaman mencari harta,
Sejarah bangsa dilupa jangan,
Jadi pedoman di hari muka.
Terbilang sudah Srikandi Nyemah,
Bijak berhelah hadapi perang,
Perpaduan bangsa tak pernah goyah,
Maju langkah tuju kegemilangan.
Matahari timbul pagi mencerah,
Langit sarat awan gemawan,
Bangsa timur kuat dan gagah,
Tamadun barat bukan tandingan.
Panji hitam jadi pilihan,
Biar berkibar penuh megah,
Akidah Islam jadi pegangan,
Pelosok dunia di bawah perintah.
Mahu berguru di puncak Opir,
Di ajar Pak Imam bunganya silat,
Luasakn ilmu tajam berfikir,
Barulah Islam dapat didaulat.
Pantun Siasah oleh Faisal Tehrani, Dewan Sastera 2004
Akhirnya pentomen 1515 selamat dipentaskan...saya lega. Menarik nafas dalam-dalam. Lenang mula terbit dari letusan nafas terakhir yang halus dalam desah nafas yang panjang. Saya diminta menyiapkan skrip tersebut pada penghujung April, sedang saya ripuh dalam selut pengajian yang pekat dan arus kuliah yang deras. Mana mungkin saya bisa menyiapkan sepantas mungkin dengan kekurangan alat(komputer) sedang saya berharap gagasan dan tema yang besar, ingin disuguhkan kepada siswi al-Azhar. Saya berfikir panjang. Saban waktu dan detik. Entah mengapa saya benar-benar teruja dengan karya besar, Faisal Tehrani 1515. Saya akan garapkan dan bawa 1515 ke Mesir. Itu janji saya. Kepada Faisal Tehrani saya mohon keizinan untuk diadaptasi karyanya ke pementasan. Alhamdulillah, segalanya baik seperti yang dipohon kepada-Nya.
Akhir Julai saya mula menukangi 1515 ke format skrip. Agak sukar...novel yang tebal saya perlu rumuskan kepada 10 halaman untuk skrip pementasan yang menelan masa 45 minit. Saya tekuni dan lumati 1515 berkali-kali sehingga memaksa saya berhalusinasi bersama Adi Fimiyum dan Tun Nyemah Mulya. Usai penyiapkan skrip, saya majukan kepada panel penilai skrip pentomen Ihtifal Khamsin Sanah HEWI PMRAM. Berlaku sedikit pembetulan dan perubahan dan akhirnya diluluskan. Sampai di tangan pengarah masih perlukan suntingan agar diskripsi dialog tidak berjela. Saat itu banyak muhasabah yang saya terima. Antaranya:-
*Karya yang berat, tidak sesuai dengan khalayak azhariah
*Bahasa terlau gramatis dan standard
*Wujudkah Tun Nyemah Mulya? Adakah Mendapat keizinan penulis asal novel 1515?
Alhamdulillah, saya dapat menerangkan kepada para pendokong pentomen mengapa saya bikin skrip dengan mengadaptasi novel seberat 1515, saya ingin membuat satu revolusi dalam pementasan sastera di Mesir khususnya melibatkan siswi al-Azhar. Sampai kapan kita hanya mementaskan pentomen dengan skrip 'ala kadar' dan tangkap muat atau boleh dikategorikan skrip yang tidak kuat dan gagasan yang samar.
Bahasa dalam setiap baris dialog saya pelihara dari dijangkiti bahasa slanga. Saya cukup bertegas pada laras bahasa. Itu yang selayaknya kita layani bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu.
Nyemah Mulya, tidak wujud dan ia tidak mustahil wujud. Saya masih menyimpan kepercayaan yang Malaka pernah menakluk Portugal. Ya, bahkan saya sudah mendapat keizinan dari Faisal Tehrani untuk adaptasi novelnya ke skrip sempena Ihtifal Khamsin Sanah HEWI PMRAM (IKHLAS)
Saya tidak menghadiri Malam Aspirasi Kesenian Islam (MANIS) lantaran saya perlu menyudahkan satu subjek yang perlu diulangi September nanti. Saya terima sms dari Saudara Zainab, katanya:-
Kanda, mohon maaf dipohon, tak sedar kanda menghubungi dinda. Audien seronok dan tetamu puji, katanya kita mampu bawa karya sebegini seperti pementasan di Malaysia dan tak nampak kekurangan lantaran terharu kita boleh lakukan dan tahniah.
Saya tidaklah mencedok keseluruhan kisah Nyemah Mulya, tetapi saya kekalkan makar, muslihat, helah peperangan dan tarbiah ruhiyyah dalam jiwa pemuda bahkan pemudi. Setiap babak saya bawakan rencam problemtika muda mudi alaf baru, sedang Tun Nyemah yang datang dari kurun ke 16 melihat kebangkitan dan kejatuhan bangsa Melayu. Beliau juga saya temukan dengan cicitnya seorang sejarawati, bernama Nyemah Mulya. Nantilah, ada kelapangan saya akan paparkan skripnya di sini. Terima kasih kepada HEWI PMRAM sesi 05/06 yang memberikan kepercayaan kepada saya, dinda-dinda angkatan perang yang berjaya menawan Portugal, Puan Pengarah, Siswa Johor yang membantu menyiapkan visual sebagai 'Background Effect ', dan penulis asal novel ini, Faisal Tehrani. Saya sangat hargai anda semua! Hanya Allah yang layak menilai usaha dan material yang anda sumbangkan. Salam Merdeka!!!
Khamis, Ogos 31, 2006
Sabtu, Ogos 26, 2006
HAMAS: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestindan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil )
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih dari 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.
Mengapa? hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang tidak boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walaubagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80-an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini.
Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan. Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini? Jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???
Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah didalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahan itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion didalam akaun kerajaan.
Inilah realiti kerajaan yangkami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat.
Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua? ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata kerana rakyat Palestin telah memilih calon yang tidak mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah.
Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir? Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kamidi seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia.
Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan.Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akanterus menyokong, tetapi sampai bila? perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekelian...
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kaةi tidak akan memaafkannya.
Umat Islam di Malaysia...
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasukpertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin. Kami juga inign melihat anda menjadi juara diperingkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyatPalestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami. Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekalian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...Allah Akbar!!!
Saudaramu,Khalil Ismail al-HayaKetua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin, Kuala Lumpur,14 Mei 2006.
“Ribuan anak Palestin diancam kebuluran. Hulurkan bantuan kepada Aman Palestin Berhad di akaun Maybank:562263010787.”
Jika anda ada menerima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ini, sebenarnya tidak ada apa yang perlu disangsikan mengenainya. Malah menjadi kewajipan anda agar derma tersebut disumbangkan tanpa berlengah-lengah lagi. Ini kerana Aman Palestin Berhad benar-benar wujud bagi memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai, malah semua bantuan tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.
Jenayah Murtad vs Reputasi Keadilan Malaysia
KES MURTAD LINA JOY: ANTARA ISU YANG WAJIB DIBERI PERHATIAN OLEH AZHARIAH
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad). (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)
Kes Lina Joy (Azlina Jailani) yang dibicarakan di mahkamah pada 12 Julai 2006 baru-baru ini kembali menghangatkan isu murtad di Malaysia dan sekaligus membenarkan kenyataan Mufti Perak yang mendedahkan terdapat kira-kira 100,000 orang Islam di Negara ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan golongan profesional.
SIAPA LINA JOY?
Lina Joy atau nama sebenar beliau, Azlina bt. Jailani pernah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Februari 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam. Ayah beliau bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.
Beliau yang berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 43 tahun telah mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian serta meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut bagi mengesahkan perkahwinan beliau.
Beliau telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa. Beliau bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.
FAKTA KES
Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau membuat permohonan untuk mendaftarkan perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam meskipun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
Walau bagaimanapun, beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Namun, permohonan tersebut tidak berjaya disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan pengakuan beliau keluar Islam. Bagaimanapun, Sri Ram salah seorang hakim mahkamah Tinggi menolak keputusan yang dikeluarkan oleh JPN dan bersedia untuk mengubah keputusan tersebut.
Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAM- KAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad) dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005 dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.
Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh tiga Hakim ( dua Muslim dan seorang non-muslim iaitu Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato Alauddin dan Dato Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan HINGGALAH Majlis Peguam yang diketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah dan bersuara dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
Itu adalah permulaan kes ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Kes ini menjadi pencetus gagasan peguam Muslim Malaysia bangkit melancarkan 'jihad undang-undang' demi mempertahankan akidah dan kedaulatan Islam yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Seluruh dewan mesyuarat Mahkamah Syariah 'tegang dan panas' apabila disimbah 'petrol' semangat Islam yang meluap-luapkan api perjuangan semua hadirin yang terdiri daripada peguam, pensyarah universiti dan juga pelajar undang-undang untuk bertindak agresif mempertahankan undang-undang Islam dan kedaulatannya.
Rentetan itu, peguam-peguam muslim sepakat menubuhkan jawatankuasa bertindak dikenali sebagai 'Peguam Pembela Islam' (PPI) yang dipandu oleh Saudara Zainur Zakaria serta dibantu oleh lebih kurang 15 anggota badan bertindak pada perjumpaan khas yang diadakan di Kuala Lumpur. Asas perjuangan badan bertindak ini adalah mempertahankan kedaulatan Islam setelah 'kacau-bilau' yang dicetuskan oleh beberapa gerakan termasuk IFC (yang mempunyai agenda mengenepikan Islam) untuk 'mengganggu' peruntukan yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada kita mengenai fakta terbaru kes ini iaitu www.peguampembelaislam.com, www.peguampembelaislam.org atau www.myislamnetwork.net.
Sama-sama kita peka pada perkembangan terbaru kes ini kerana ia sedikit sebanyak menggambarkan masa hadapan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara kita. Sahabiah Azhariah, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan bagi memastikan tanggungjawab fardhu ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan. Oleh yang demikian, beberapa pelan tindakan alternatif ke arah pemantapan akidah umat Islam sejagat harus dirangka segera agar kita tidak 'kebingungan' dalam menangani isu sebegini khususnya di tanahair kelak. Fikir & bertindak.
Dipetik dari: Suara HEWI OGOS 2006

Sabtu, Ogos 19, 2006
Let Bygones Be Bygones
15 Ogos 2006
Saya ripuh bersama rancaknya latihan pentomen juga persedian teks perasmian Ihtifal Khamsin Sanah, Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (IKHLAS 06). Segalanya perlu saya siapkan segera dan membuat sedikit pantauan dan perbincangan dengan pengarah pentomen, Ustazah Darussilah Nordin. Dalam kepayahan dan kesempitan ruang masa membataskan saya memikirkan masalah yang berpilin-pilin sekitar saya. Entah, adakah saya yang tidak berperasaan atau perasaan itu terpaksa saya ketepikan beberapa bentar lantaran tugas dan tanggungjawab yang terpikul. Adakalanya saya terfikir elemen negosiasi yang perlu disarung oleh setiap mereka yang bergelar pimpinan dalam persatuan, pejabat, organisasi, keluarga waima diri sendiri bisakah terlucut kala emosi menguasai diri? Saya tak tahu apa jawapannya. Sungguh! Saya tak tahu. Cuma yang saya pegang, setiap kesilapan usah diulang, lalu saya perlu memohon maaf agar hati yang pernah terguris kembali tenang dan sembuh. Sekali lagi saya dilanggar rasa keliru. Mengapa? Andai maaf itu satu mainan di bibir yang langsung tiada erti pada si penutur. Maaf yang tidak memaafkan. Memohon maaf yang menjadi 'kewajipan' kepada setiap pesalah dan jika ingin ulangi kesilapan tersebut, dipersilakan. Memaafkan tetapi menyimpan di dalam hati bila mana ingin dihambur akan digali hingga ke kerak bumi.
Andai situasi ini yang saya depani, saya akan melepaskan keluhan yang berat sambil menyebut dengan gembira kepada diri sendiri (baca:-buat-buat gembira)..."Let bygones be bygones, it's gonna be ok." Saya tak suka berdendam. Itu bukan sifat saya, andai anda pernah mengguris, saya mudah memaafkan tetapi 'mungkin' saya akan mengingati nama anda hingga hujung nyawa. Ops! bukan untuk membalas dendam tetapi automatis nama anda akan tersimpan di dalam 'recycle bin' milik memori ingatan saya. Ya, bagi yang mengenal saya, mungkin ada yang mencebik sambil mengatakan..."Faizah ni degil, garang, suka memaksa dan menghukum...." Ya, itu persepsi anda yang mungkin mengandungi kebenaran. Cuma simpanlah sedikit baik sangka, mungkin Faizah dikurniakan sikap memaafkan, tidak suka mengungkit, dan lembut hati. Atau lebih tepat, sifat yang tidak ada pada diri anda, sifat manusiawi. Owh, ayat disebelah adalah ayat andaian yang bukan hakikat. Saya tidak berniat masuk lif tekan sendiri, paling kurang pak cik jaga tak ada yang makan gaji buta, ya. Kebijaksanaan dalam berkomunikasi simbolis kebijaksanaan mengawal emosi yang tidak dipagari sempadannya, tidak terbatas luasnnya, tidak terjangkau jauhnya. Saya tidaklah terlalu 'bijak' berkomunikasi tetapi saya sedang mendidik diri ke arah bijaksana komunikasi (bukan bijaksini, tiru ayat kak Nisah) melalui kawalan emosi yang baik. Ya, adakala saya tergelincir. Itu adat. Jika dibanding orang yang sudah biasa mengawal emosi (kononnya) mencari nahas dengan menggelincirkan diri sedangkan mereka ini melalui lebuhraya pintar komunikasi (kononnya).
Owh, cukup dulu sampai di sini, untuk maaf yang tidak memaafkan. Saya tidak untung juga rugi. Cuma, saya nak ingatkan usah di sibukkan masalah anda kepada orang yang memang sibuk. Andai ada yang ingin diperkata, sebutkan saja. Saya tidak punya masa untuk perkara begitu. Jika anda tidak mengerti maksud 'maaf' cari definisinya sebelum anda menuturnya. Maaf adalah perkataan 'sakti' guna penawar paling mujarab untuk organ sekecil HATI. Amat malang jika anda tidak mengerti...amat malang...
19 Ogos 2006
Hari ini hari ulangtahun kelahiran adinda saya yang ke-15 tahun, Ahmad Ibrahem. Dia sempat mengirimkan sms buat saya, katanya baru-baru ini sempat menyertai Bengkel Sastera dan bertemu Sasterawan Negara, A. Samad Said. Tahniah dari saya untuknya kerana memenangi Sketsa Kerjaya Peringkat Kebangsaan. Dengarnya Bengkel Penulisan di KISAS bersama penulis tersohor, Faisal Tehrani ditangguh. Ada getar kesal di hujung bicara aksara adinda saya. Wah, seronok berbengkel mengalahkan saya. Kadang-kala terbit rasa teruja kerana kami berkongsi minat yang sama walau aliran berbeza. Berbual dengannya seperti mendampingi rakan sebaya saya. Mungkin faktor kami hanya berkawan dengan adik beradik dan dia terpaksa bersaing dengan kami selaku abang dan kakak, menjadikan dia lekas matang berbanding usia. Moga-moga dinda saya terus sukses dalam pelajaran, pekerti dan minatnya.
Dinda,
Andai disuling laut segara
Jernih lagi hati kanda
Andai diukur puncak kencana
Melangit tinggi kasih kanda
Andai dinilai emas permata
Mahal nian persaudaraan kita

Selasa, Ogos 15, 2006
Catatan Tertangguh
2 Ogos 2006
Saya memenuhi undangan Encik Razak, Pegawai Yayasan Pahang untuk melihat dan membincangkan perihal empat blok Asrama Indera Mahkota yang masih dalam proses baik pulih. Saya, Mayna(Unit Perumahan dan Kebajikan) dan Achu (Bendahari). Kami berpeluang mendaki keempat-empat blok melihat sendiri baik pulih yang sedang dijalankan. Selesai pertemuan yang berakhir sore itu Encik Razak ittifak mengatur perjumpaan dengan anak Pahang pada 5 Ogos 2006 bertujuan memberi sedikit taklimat. Malangnya tanpa saya ketahui antara peranturan yang direncanakan Encik Razak adalah 'Larangan Memakai Niqab di Perkarangan Asrama Indera Mahkota'. Benarkah ini yang bakal terlaksana??? Saya diterpa gusar. Bimbang kesan jangka panjang bakal memudaratkan generasi mendatang. Tuhan, bantulah saya...
4 Ogos 2006
Saya berkejar pulang ke Alex demi menghadiri hari keluarga, lantaran saya dipertanggungjawabkan menerajui slot BICARAWARA SASTERA esok hari. Penat musafir tetap memaksa saya melakukan sedikit persediaan. Beberapa kertas kerja masih belum di'print out'. Saya harus ke cc untuk mendapatkan sedikit maklumat dari pemakalah yang bakal membentang esok hari. Panelis yang bakal dibariskan datangnya dari Kaherah, Saudara Ariff Fadhillah Amiruddin dan Saudara Ahmad Ubaidillah Alias. Masing-masing akan menyentuh aspek persuratan melayu dan peripenting penulisan melalui mandala dakwah serta sikap, jati diri dan karismatik seorang penulis muslim. Seterusnya bakal penulis akan dibimbing melalui denai untuk dikenalkan kepada genre cerpen, esei dan karikatur oleh Saudara Ahmad Ubaidillah Alias. Berganding dengan penulis tersohor dan 'orang lama' sedikit menggugah emosi dan keyakinan saya. Pecahkan tembok 'nervous' tak semudah memecahkan ais yang kadang kala ia akan cair ditenung suria tanpa perlu mencurah tenaga. Sebenarnya program sebegini adalah siri-siri memberi kefahaman dan satu asakan kepada penulis muda agar bangkit dan menjadikan penulisan sebagai agenda dakwah yang usah diremehkan.
قاَلَ الشَّيْخُ عَلِيُّ بْنُ حَسَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ الْحَمِيدِ فِي كِتَابِهِ "رُؤْيَةٍ وَاقِعِيَّةٍ فِي الْمَنَاهِجِ الدَّعْوِيَّةِ"، اَلنَّاشِرُ دَارُ الْمَنَارِ بِالرِّيَاضِ، ص 3:{{أَمُوتُ وَيَبْقَى كُلُّ مَا كَتَبْتُهُ *** فَيَالَيْتَ مَنْ يَقْرَأُ كِتَابِي دَعا لِيَا، لَعَلَّ إِلاَهِي أَنْ يَمُنَّ بِلُطْفِهِ *** وَيَرْحَمَ تَقْصِيرِي وَسُوءَ فَعَالِياَ.}}"Aku akan mati dan yang kekal (hanyalah) semua yang pernah saya tuliskan *** Maka alangkah (baiknya) sesiapa yang membaca tulisan saya ini mendoakan buat saya. Semoga Tuhanku akan menganugerahkanku dengan belas-kasihanNya *** Juga merahmati (mengampunkan segala) cacat-celaku dan pelbagai keburukan perbuatanku."
(Maaf ya Ustaz Ariff, copy dari kertas kerja ustaz.)
12 Ogos 2006
Menghadiri Program Injeksi Mandiri Efektif Jentera PMRAM 06 di atas platform Timb. Pengarah MPP, di bawah Unit Penerbitan dan Penerangan. Saya begitu senang dengan program IMEJ 06 yang dibawa dengan mesra dan separa santai. Komitmen yang diberikan oleh Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM begitu tinggi dan tidak berbelah bagi sehingga membuatkan saya mengalirkan air mata. Seakan meresap semangat dan perjuangan amal islami melalui ikatan ukhuwah dan ruhiyyah. Menjelang petang saya jatuh gering. Saya dibenarkan berehat beberapa ketika di Pejabat siswi KPIPM. Ah, esok saya akan berbengkel di Dewan Tok Kenali di Rumah Kelantan Baru...laratkah? Penat berprogram seharian membawa saya ke alam mimpi usai Isya' tanpa sempat memeriksa manuskrip cerpen peserta yang bakal dibengkelkan esok hari...maaf ya penganjur. Saya masih gagah cuma adakala stamina yang dhaif...
13 Ogos 2006
Saya bangkit awal terus memeriksa manuskrip yang masih berbaki. Menggosok jubah berwarna maroon dan tudung pink. Sengaja saya kenakan warna tersebut lantaran pink adalah warna dan aura kekutan saya. Saya ingin mendapatkan kekuatan dalaman melalui aura warna dan mencari keyakinan di celah-celah gementar yang bersilih ganti. Gering semalam masih terasa...dek kerana janji, dek kerana amanah, dek kerana perjuangan saya kuatkan diri, pasakan niat sekemasnya. Saya akan hadiri program ini! Berseorangan menaiki teksi dari Abas el-Akad sedikit membimbangkan mengenangkan keselamatan di tahap sifar. Lalu saya putuskan untuk berjalan kaki ke Hayyu Sabiek. Sedang molek sampai di depan rumah Kelantan majlis perasmian akan dilancarkan. Saya sedikit lega, walaupun tersilap mengambil lorong dan hampir tersesat Tuhan membantu saya mencari lokasi program. Terima kasih kepada penganjur di atas layanan yang baik. Saya begitu terharu dapat bersua dengan Firdawati Derahman, teman dan Timb. Pengarah KERIS sesi lepas. Dia masih seperti dulu, ceria, ramah dan merai...Jazakallahu Khairan! LPP dan UPP KPKM, maafkan segala kekurangan dan kelemahan saya. Begitu juga buat rafiq sealir perjuangan SASTERAWAN TENTERA, Saudara Mohd Zaki Mohd Noor dan Saudara Ahmad Ubaidillah Alias. Kalian banyak membantu dan mengenalkan saya erti optimis, Jazakallahu Khairan!
14 Ogos 2006
Saya mendaki rumah Johor untuk memimpin barisan pelakon pentomen pada Malam Aspirasi Kesenian Islam (MANIS) sempena Sambutan Ulangtahun ke-50 HEWI PMRAM.
1515, SEJARAH YANG DIGELAPKAN
Olahan: Faizatul Herda bt Mohd Azaman
Karya asal: Faisal Tehrani(1515, Novel ini telah memenangi tempat pertama Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002)
Prolog
Nama hamba Nyemah Mulya. Usia lima belas tahun. Puas hamba menanti detik cucunda baligh demi menyerah tugas yang tertangguh sejak 500 tahun lampau. Niat nenda hanya satu cucunda, berkerjasama merubah sejarah. Nenda usai mengkhatami The Complete History of Malaysia karangan cucunda. Juga sebuah lagi kajian sejarah yang menjadikan cucunda sejarawati tersohor dalam usia mentah berjudul “Nyemah Mulya: Srikandi Perang Melaka 1511.”
Berdasarkan satu lagi teks sejarah yang ditulis oleh Margarita Teixeira, nenda dapati nama Nyemah Mulya memberi kesan besar dalam sejarah Melaka. Namun sayang, Melaka tetap jatuh ke tangan Portugis. Nyemah, nenda difahamkan telah ditawan dan diperhambakan di Lisbon oleh Raja Manuel sebelum dijual kepada Mario Rabal, budiman berbangsa Sepanyol.
Nenda mahu merubahnya dan hanya cucunda sebagai sejarawati dapat membantu nenda untuk membetulkan semula jurusan sejarah yang memang salah ini. Nenda mahu ia sama sekali berbeza. Sama sekali tertulis sesuatu yang lain. Sesuatu yang menguntungkan bangsa dan agama kita. Nenda tidak dapat menerima Nusantara terpecah-pecah menjadi mancanegara. Nusantara adalah tanah dan air, tanah air!
Nenda mahu semuanya dibetulkan. Nenda menuntut ia dibaiki. Cucunda hidup dalam masa hadapan. Cucunda tahu setiap muslihat Portugis yang zalim itu. Cucunda memahami secara rinci makar dan helah yang menjerumuskan Melaka ke dalam penjajahan ratusan tahun yang mengaibkan, kata orang tua-tua cucunda: Tanah lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera!(sesuatu keadaan boleh menyebabkan terjadi keadaan yang lain). Di situlah kekuatan nenda, Nyemah Mulya dan kita berdua. Cucunda dan nenda bergabung tenaga-merubah sejarah. Kita akan menulis semula keaiban ini menjadi satu kegemilangan. Mahukah cucunda memberanikan diri menukar semua ini?
Babak Satu
Saya bangkit dari tidur awal pagi. Bingung. Teringatkan mimpi tadi. Usai solat subuh saya termenung. Menung yang panjang. Saya bermimpi pada waktu sepatutnya saya bertahajud. Nyemah Mulya, itu nama saya dan nama nenek. Kata mama, sengaja dikalungkan nama Nyemah Mulya kepada saya lantaran saya menyalin genetik dari sisi mama, hujung rambut hingga hujung kaki. Paras saya menyerupai nenek ketika zaman remajanya. Langsung tiada beza! Habis siapa pula yang datang dalam mimpi saya tadi? Adakah Nyemah Mulya srikandi Melaka adalah leluhur saya? Adakah? Alangkah! Saya nekad pulang ke kampung bertanya sendiri pada nenek. Adakah Tun Nyemah Mulya srikandi Melaka asalan saya? Adakah nenek pernah didatangi mimpi yang serupa? Kebingungan saya terus bergumpal umpama tompokan mega yang memberat dan berarak. Nenek harus saya temui!
Babak keseterusnya...jumpa di MANIS nanti ya!

Khamis, Ogos 03, 2006
Dia Yang Tercinta iii
Lakaran bait:
Pagi ini terlalu hiba
Aku sungguh terkenangkan dia
Hatiku bagai direntap-rentap luka
Mengenang dia jiwaku nestapa
Apakah ini penangan cinta?
Sebelumnya tidak pernah kurasa
Kisah dulu ingin kulupa
Terbang bersama semilir duka
Kalau bukan kerana curang
Kalau bukan kerana bermain cinta
Kalau bukan kerana khianat
Masih bisa kumaafi
Tapi nubari ini
Tidak bisa kupaksa
Tidak sekali menipu
Yang aku masih cinta kamu
Aku selalu menipu diriku
Aku boleh mendustai kerabatku
Aku sering menafikan cintaku padamu
Aku tiada daya dustai hatiku
Kerna hatiku menyimpan segala
Tentangku, tentangmu, tentang kita
Betapa degilnya hati ini
Tegar menyintai pengkhianat
Tegar menyayangi si curang
Tegar mengasihi dia yang beronar
Salahkah aku?
Bodohkah aku?
Tidak pernah kupohon demikian
Tidak sekali kuingin begini
Fikiranku merusuh sakan
Membuncah, celaru dan keliruI
ni bukan keputusanku
Tapi asakan hati menunjal dinding diri
Aku berharap derita ini pergi
Terlalu lama terkepung di muara ini
Lelah dan payah aku renangi
Dalam selut yang memekat
Setengah dekat kumerana diduga
Ingin kuhambat kau pergi
Jauh yang tidak akan kembali
Pergi yang tidak datang lagi
8.09am2 Ogos 2006
Abas el-Akad
Cairo, Egypt
Pagi ini terlalu hiba
Aku sungguh terkenangkan dia
Hatiku bagai direntap-rentap luka
Mengenang dia jiwaku nestapa
Apakah ini penangan cinta?
Sebelumnya tidak pernah kurasa
Kisah dulu ingin kulupa
Terbang bersama semilir duka
Kalau bukan kerana curang
Kalau bukan kerana bermain cinta
Kalau bukan kerana khianat
Masih bisa kumaafi
Tapi nubari ini
Tidak bisa kupaksa
Tidak sekali menipu
Yang aku masih cinta kamu
Aku selalu menipu diriku
Aku boleh mendustai kerabatku
Aku sering menafikan cintaku padamu
Aku tiada daya dustai hatiku
Kerna hatiku menyimpan segala
Tentangku, tentangmu, tentang kita
Betapa degilnya hati ini
Tegar menyintai pengkhianat
Tegar menyayangi si curang
Tegar mengasihi dia yang beronar
Salahkah aku?
Bodohkah aku?
Tidak pernah kupohon demikian
Tidak sekali kuingin begini
Fikiranku merusuh sakan
Membuncah, celaru dan keliruI
ni bukan keputusanku
Tapi asakan hati menunjal dinding diri
Aku berharap derita ini pergi
Terlalu lama terkepung di muara ini
Lelah dan payah aku renangi
Dalam selut yang memekat
Setengah dekat kumerana diduga
Ingin kuhambat kau pergi
Jauh yang tidak akan kembali
Pergi yang tidak datang lagi
8.09am2 Ogos 2006
Abas el-Akad
Cairo, Egypt
Langgan:
Catatan (Atom)