Rabu, Februari 23, 2011

Islam Adalah Penyelesaian




Ikhwan Muslimin sudah cukup matang menerajui Mesir khususnya. Jundullah telah hadam Usul 20, turut diacu dengan sifat fardhu muslim yang ampuh, thaqafah dan akhlak yang mantap. Seluruh rakyat menanti PRU Mesir, revolusi Libya dan Bahrain. Percaya, bangsa arab punya karekter yang agam dan bersedia untuk memperkasa dustur al-Quran dan al-Hadis yang telah lama terpinggir. Teringat senario ketika menaiki train dari Ramsis ke Doqqi atau dari Abas el-Akkad ke Hayyu Sabiek, atau saja menaiki bas dari Hayyu Asyir ke Hayyu Thamin, betapa ramainya syabab yang menekuni al-Furqan tanpa mempedulikan manusia yang menyendatkan kenderaan awam itu, juga wanita-wanita gigih yang bermurah hati mencari mad'uwah dengan bertaaruf dan memberi hadiah, lelaki-lelaki yang konsisten menghadiri halaqah dan giat memberikan alternatif kepada remaja setelah stesyen TV parabola menghidangkan 'daging segar' berupa tubuh wanita untuk dijamah oleh mata-mata yang bakal menerajui siasah daulah. Ikhwan Muslimin terus mara dengan visi 'Islam adalah Penyelamat' nekad membawa manusia sejagat ke gapura duniawi dan ukhrawi yang sejahtera. Berbahagialah wahai tentera Allah, kemenangan itu barangkali ditangguhkan untuk kemanisan di Jannah nanti!

2 ulasan:

mohamadkholid berkata...

lamanya tak updated...

Faizah Azaman berkata...

Ya, kerana tuntutan kerja membataskan waktu menulis. Bagusnya jika menjadi penulis sepenuh masa tanpa perlu bekejar ke pejabat dan menghabiskan 1/3 masa dari 24 jam sehari...hurmmm