Rabu, Januari 19, 2011

Mencari Peluang...



Saya akan ke Perth. Tak pasti sama ada kunjungan ini menawarkan ilham dan momentum dalam diri. Saya mahu menulis dan menjadikannya kerjaya. Terfikir, suatu saat saya harus tinggalkan segalanya dan mengubah landskap hidup. Sekarang saya adalah perahu, yang perlu meredah segara. Saya perlu berani sekalipun sedar, badai hanya bergelora di permukaan, tidak di dasar. Rasanya, melewati usia 30-an mengharuskan saya lebih pro-aktif dalam tindakan dan masa depan. Ya Rabb, pinjamkan saya kekuatan itu!

2 ulasan:

Mujahidah Fie Sabilillah berkata...

Moga segalanya dipermudahkan kak. Maafkan diri ini, kerana hadir seketika di celah-celah kehidupanmu.

Teruskan berjuang kak.

Faizah Azaman berkata...

Ameen ya Rabb. Hanya hadir seketika??? Bukan sampai ke syurga???