Isnin, Ogos 17, 2009

Allahumma Balighna Ramadhan!


Fanus bergantungan
Ucapan Ramadan Kareem bertebaran
Gembira bukan kepalang
Menanti Ramadan
Mendakap hangat

Rindu, mengujakan...
30 hari serasa 30 detik
Ibadah disusun rapi
Biar tekal amali
Semusim Ramadan yang nyaman
Menggugah erti kehambaan
Diajarkan sabar, reda dan syukur
Sepanjang tarbiah
Di balik tembok Madrasah Ramadan
Aku mengenal Pencipta yang Satu

Rindu nian
Resah gundah
Tuhan, sampaikan aku kepada Ramadan!
Akan kusematkan cinta di dadanya...

3 ulasan:

ummzaid berkata...

Selamat Berpuasa Angah..

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
selamat menjalani ibadah puasa.. semoga sentiasa diberi keberkatan.. insyaAllah. wassalam.

Faizah Azaman berkata...

ummzaid-selamat berpuasa buat kak dara sekeluarga.

Bujang Susah-alaikum salam dan terima kasih utk tutor readmore tu...sgt membantu.tp saya belum sempat menukangi templete