Jumaat, Jun 26, 2009

Rindu Yang Berbisik

Tepung Bungkus; Kuih yang paling saya teringin sekali ketika di perantauan. Lemak dan manis! Akhirnya, saya temui seorang teman yang pandai membuat tepung pelita sebagai ganti Tepung Bungkus yang mustahil untuk saya bikin tanpa bahan lengkap dan daun pisangnya. Kami membuat Tepung Pelita dengan menggunakan beras yang direndam dan dikisar halus. Yang peliknya, juadah ini kami sering sediakan sepanjang musim peperiksaan. Semangat menyediakan juadah tradisi tersebut meluap-luap. Hinggakan ada yang membawa kitab dan nota peperiksaan ke dapur. Aduhai musim itu...saya ingin kembali ke daerah asing tetapi akrab dengan jiwa dan semangat saya.

Gambar; Universiti Iskandariah

Saya merindui seseorang di Alexandria University. Dengarnya disapa chicken pox. Beberapa kiriman esemes tidak berbalas. Sudah sembuh atau kambuh? Mungkin sering memikirkan keadaannya membuatkan saya termimpi-mimpi. Malam tadi saya bermimpi dia pulang ke tanahair. Terujanya saya menantikan saat-saat kami sekeluarga berkumpul. Moga-moga Ramadan dan Syawal mengeratkan ikatan kami, tambahan pula kami menantikan kelahiran keluarga baru.

Aduhai, kota Iskandariah yang menyamankan. Teringat angin pantai yang selalu-selalu berpuput liar menjelang musim dingin.

Kubu Qaitbey yang sempat saya kunjungi dua kali. Lubang-lubang kecil itu menempatkan pasukan memanah.

Oh, ini koktel kegemaran saya. Lapisan strawberry (faraulah), jambu dan mangga. Beberapa hirisan pisang, strawberry dan epal merah di dadu memecah selera untuk menikmatinya. Koktel paling enak yang paling saya ingat adalah di kiosk buah berhadapan stesen bas berhampiran Husin.

Saya merindui Mesir dan daerah ilmu di pinggir pantai Mediterranean. Kota yang dikenali sebagai kota yang tercantik di Mesir dengan udaranya yang lebih dingin berbanding kota-kota lain.Iskandariah adalah kota pertembungan budaya di antara Mesir kuno dan Rom. Dikhabarkan kehadiran Alexander The Great telah mencicang dinasti Firaun. Teringat sepanjang perjalanan dari Assofirah Beach ke Mahattah Raml akan disapa arca kepala Alexander The Great yang terdapat di selekoh berhampiran Jambatan Stanley yang dibawahnya adalah hempasan ombak di dada pantai Mediterranean.

6 ulasan:

Ummu Mishkah berkata...

tepung bungkus kegemaranku juga... juga merindui ard kinanah...

ibrahemazamanzain berkata...

lawa gamba2 alexandria..
gamba univesiti iskandariah tu gamba ofisnya...
dekat ngan maktabah.
chicken pox saya dah elok!
nak exam pulak sekarang!

Faizah Azaman berkata...

ummimishkah,

nama sebenar siapa?azhariah?atau kita pernah jumpa?

Faizah Azaman berkata...

katib bahanji,

tau la...kuliyyah tibb lik blakang skit...tapi tu kan mercu tanda. jadual imtihan ayiem kami dah dapat...anjahakallah!

amiza khusyri berkata...

Cerpennya sudah dibaca. Bagus, cuma ada beberapa perkara perlu dibaikpulih. Bila boleh berbincang lanjut di YM?

helang timur berkata...

kalaulah aku bisa meneroka dibumi itu~~



sedih.,.haha