Berdayung kolek sampai ke kuala,
Pendayungnya satu tiada siaga,
Kusayang hamba lupa tak rela,
Kusayang Tuhan beroleh segala.
1430H, saya ingin lalui jalur kehidupan siangnya yang dihiasi pelangi dan mentari yang malu-malu sembunyi di balik mega. Dan menginginkan malam berteman purnama cerlang gemilang dengan taburan bintang yang tersemat di dada langit. Hidup, alangkah! Saya ingin menjadi bidadari yang suci dari noda dan karat dunia. Saya ingin hidup selamanya dalam rangkulan hangat al-Wadud. Tuhan, jangan tinggalkan saya sendiri...
Tahun baru bermula dengan langkah yang agam. Pakatan Rakyat tekal mengungguli persada pemerintahan yang menjunjung al-Quran dan al-Hadis. Saya menerima ucapan tahniah dari abah dan Puteri Sulung di atas kemenangan calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dalam PRK pada 17 Januari lepas. Serasa saya pula yang jadi wakil rakyat. Terima kasih untuk ucapan tahniah dan doa kalian bagi kemenangan Islam. Saya enggan bersama-sama golongan yang suka bertenggek di atas pagar. Bukan sahaja melambangkan sifar pendirian malah tidak memahami bahawa inti Islam itu syumul. Tidak kira label apa yang saya sematkan di dada. Sama ada sebagai seorang pengarang, editor, pelajar dan rakyat. Seni tidak menghalang fikrah saya di semai benih islami, disiram wahyu Ilahi dan mengucup kelopak sunah nabawi.
1 ulasan:
Faezah,
Unik Gazza ia bukan sekadar bahasa memprosa atau laga propaganda.
Dakwat tintanya dari warna hati yang telah lama menembus pupus gejala dek gerun jahiliah oleh paksi kiblat mengilu dada saat tidak upaya mengenal realiti Islam penjana kuasa cinta.
Gazza sahaja yang menjadi medan bicara di sini.
'Irama' yang pelbagai mengolah rasa...akar budi mendakap nurani. Akal hati minda tidak berteka teki.
Namun perlu diusir nyah realiti yang ditawar dengan mimpi-mimpi berimaginasi.Mukmin tidak perlukan dorongan mimpi untuk berealiti.
Hebat perancangan Allah.Semakin gigih usaha ahli semakin kebenaran dijulang tinggi.Kami juga bersyukur kemenangan di KT.
Catat Ulasan