Selasa, Februari 24, 2009

Sembang-sembang ‘Suami Ekonomik’?


”Wah, setiap hari berbelanja lebih. Kadang-kadang hujung bulan duit pun habis. Bila agaknya dapat menyimpan barang seratus dua?” Omelan Sala menggoda perhatian saya. ’Betullah, saya pun selalu mengadapi masalah yang sama.’ Getus hati kecil saya. ”Kak, barangkali saya boros, payah juga kalau selalu begini. Haaa! Saya mesti cari suami yang ekonomik. Yang berbelanja dengan ekonomik. Saya jenis yang membeli apa yang saya inginkan.” Lanjut Sala lagi. ”Suami ekonomik? Oh, betul. Pentingnya ada penasihat kewangan dan perbelanjaan harian.” Saya menambah.

Saya membuang pandangan jauh-jauh. Saya inginkan kesempurnaan dalam kediaman saya. Rumah sewa yang disediakan oleh syarikat tidak terlalu besar atau terlalu kecil buat kami bertiga. Sederhana dan sempurna. Kami menjaganya seperti rumah sendiri. Saya tidak lokek berbelanja untuk memastikan rumah kami sempurna. Oh, ke mana lagi wang saya laburkan? Saya jarang-jarang membeli pakaian. Oh ya, saya sudah ingat...saya sering menukarkan wang dengan beberapa pasang kasut hampir setiap bulan, wangian kegemaran, celak beraneka warna dan beberapa alat mekap yang tak perlu saya perincikan dan harganya yang mencecah ratusan ringgit! Alahai...”Setuju!” Seru saya. ”Setuju apa kak?” Sala kehairanan. ”Setuju nak cari suami yang ekonomik!” Jawapan saya disambut letusan tawa geli hati Sala. ’Bukankah saya sudah sepakat dengannya tadi?’ Monolog saya sendiri.

5 ulasan:

~najihah faizah~ berkata...

kenapa seperti pernah kulihat hewan ini...??

Faizah Azaman berkata...

aha...bukankah hewan ini punya gigi yg secomel kamu...kuang,kuang,kuang...tengok tu....hewan tu xcuri roti aku (buat sementara ni la...)

ummzaid berkata...

betul tu..
bukan suami je kena ekonomik, isteri pun sama..
kalau tak jd la..suami ekonomoney..:)

simpan la sikit2 angah..
lama2 jd bukit...
tak pun leh jd gunung jugak..
hehe...

angah,ma abah, along dan adik2 semua sihat?

Ikhwan berkata...

betul2 bukan suami sj kena ekonomik tetapi isteri juga kena ekonomik.
tapi secara psikologinya lelaki simple sj dan xterlalu memilih dalam memilih.tetapi isteri lebih memerhatikan dan memilih tetapi ada kebaikannya kerana ia lebih menjaminkan penggunaan duit itu disaluran yang betul.

Faizah Azaman berkata...

ummu zayd dan ikhwan, kekadang sayap kanan perlu kuat dr sayap kiri. maklum la...org pompuan ni mengikut arahan je. klu kita nak dan bergaji boleh la beli. tp klu kita nak, tp xbergaji....nasib la. tp, klu bergaji pun, klu kita ada penasihat akrab (pasangan kita) itu lebih bagus!