Saya menyimpan gambar sejak kecil hingga dewasa di dalam notebook. Sedang membelek-belek saya terjumpa sekeping gambar yang sudah berusia 25 tahun. Gambar ini diambil ketika ulangtahun kelahiran saya yang pertama 26 Febuari 1982-26 Febuari 1983. Melatari gambar ini sepupu saya, sedang mama ripuh melayani tetamu dan abah adalah jurufoto paling sibuk hari itu. Ada sekeping gambar saya bersama Along. Kami berdua dihadiahi walaupun hari itu saya tidak berkongsi dengan sesiapa tarikh ulangtahun kelahiran tersebut. Hingga kini keluarga saya tidak pernah melupai tarikh itu. Ketika saya menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-23, Yiet menempah sebiji kek coklat dari temannya di Tanta. Tak sangka saya, lelaki pun berbakat membuat dan merias kek! Tahun ini paling awal saya menerima ucapan tanggal 22 Febuari...aduhai. Saya hargai walaupun tanggal itu terlalu awal buat saya. Namun ingatan kalian menyenangkan. Ucapan terima kasih buat Abah, Ma, Along, Yiet, Ala, GG, Ayiem, Bella, Mak Long (Syakirah), Ukashah, Nas, Kak Tie(room-mate), Wan, Jannah, Becah(Alex) dan Adik Rabiatul Adawiyah yang selalu saya rindui.
Istimewa buat Ma...terima kasih kerana telah melahirkan dan mengasihi saya...Ampunkan segala dosa-dosa saya dan halalkan segalanya.
Istimewa buat Abah...terima kasih kerana telah mendidik saya menjadi seorang yang berdikari dan sentiasa memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya untuk memilih jalan hidup saya sebagai pelajar seumur hidup.
Istimewa buat Ma...terima kasih kerana telah melahirkan dan mengasihi saya...Ampunkan segala dosa-dosa saya dan halalkan segalanya.
Istimewa buat Abah...terima kasih kerana telah mendidik saya menjadi seorang yang berdikari dan sentiasa memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya untuk memilih jalan hidup saya sebagai pelajar seumur hidup.
6 ulasan:
Menjadi bayi yang dimiliki hingga membesar menjadi diri yang beridentiti ia memberi makna pada kesempatan untuk amal dihayati pabila gugus-gugus hari silih berganti mengenalkan kita wujud beza-beza untuk dikenali dan mengundang sudi untuk tidak beremosi andai wajar dan telah tiba untuk berreformasi.
Sukar andai cela informasi menjadi dicela interprestasi sedangkan semakin padu jahil yang hakiki lantaran helah madah berekonomi.
Cucur air mata menangisi diburu lelah diarah sepanjang usia berlari sedangkan di minda dan di hati ada yang berkata tanah tempat yang telah dicerobohi adalah bumi milik kami namun dunia dan seisi alam oleh senang hidup bernafsi,'kamu keturunan 'terrorist'' hingga saudara seagama menjadi tidak sudi untuk saling menyempurnakan sumpah dan janji !'
Lalu yang mengusung aib dan segan diri tetap kita muslim yang tidak ingin berusaha berdikari melepaskan diri dari menjadi hamba kepada diri sendiri,hamba kepada yang miliki harta dan kepentingan peribadi.
Selamat ulang tahun dengan doa agar bertemu teman sehati.
terima kasih puan. moga terus rapi menyimpul rahsia.
ralit baca tulisan thanaif..
tapi jenuh jgk nak faham :)
angah..
kak ingat gambar tu..
belakang tu kak misah kita ke?
ingat lg angah kecik2..comei tembam.. masha ALLAH :)
kak, angah pun xfhm sangat...tp kiasan tu mendalam barangkali. tak ingat sepe. tp masa tu kak michah dan kak baru 10 tahun kut. tak silap angah tu anak pak ngah taib...kak la.
selamat hari lahir
Terima kasih En. Kholid
Catat Ulasan