Jumaat, November 08, 2013

Luahan Cinta Kasih dari Rahim ♥

Seronok membaca entri bakal ibu dan ibu-ibu. Banyak manfaat yang diperoleh sebagai persediaan menyambut 'si kecil' kesayangan kami.

Saya pun teruja membuat persiapan berdikit-dikit. Kalau diikutkan tok ma cik baby tak izinkan beli apa-apa barang selagi kandungan tak sampai 7 bulan. Tapi, apakan daya, nak beli semuanya serentak di luar kemampuan cik ayah dan cik umi baby. 

Breast pad ini saya beli di fb: NurizShar RM45.00

Digital Warmer ini juga dibeli di fb: Nuriz Shar RM290.00

Set ini cik umi dan cik ayah kongsi duit nak pastikan projek fully breast feeding berjaya dan cik baby menyusu sampai cukup 2 tahun. Beli dengan mama izan secara indtallment RM1534 termasuk bumble bee milk storage


Kandungan cukup 5 bulan setengah, cik umi dah ligat meninjau baby fair, breast pump, warmer, steriliser, nursing pillow, tungku besi, tungku herba cik baby, set bersalin Tanamera dan NR Phytonatal, sibuk bersama tok ma cik baby menjahit set tilam dan bantal kekabu walaupun cik ayah dah beli set tilam span (bagus untuk travel).

Geramnya tengok grooming kit yang dibeli secara berasingan

Diapers bag, koleksi baju baby dari jenama Anakku, BabyKIKO, Cuddles, fiffy dll

Towel baby bidang besar, jumpa di BabyKIKO department

Inilah girrafe rack yang cik umi beli RM159.00

Nursing pillow dengan isian kekabu asli dan sarung english cotton RM75.00 excluding postage dari koleksi fb:precious baby shop. 

Jadi, inilah hasil tangkapan cik umi setelah kandungan cik baby menginjak ke enam bulan. Terfikir nak cari grooming kit set The 1st Year, nampaknya one stop baby centre menjualnya secara berasingan. Jadi, buat masa ini beli saja yang terpenting.

Baju cik baby, cik umi dah sambar start mengandung lima minggu. Biasalah, rasa teruja telah mengatasi segalanya. Sambar juga, koleksi organics Anakku sepersalinan serba satu. Tapi rahsia tau, jangan sampai tok ma cik baby dapat tau...

Selain BPA free dan anti colic, botol ini boleh elakkan kekeliruan cik baby kalau cik umi terpaksa  susukan cik baby dengan botol, terutama kalau dihantar ke pengasuh yang penting bukan isian susu formula. Ya Allah, banyakkan dan kenyangkan anakandaku dengan susu badanku. Amen ya Rabb! RM155.00 including postage, juga dari fb:NurizShar


Mujur stroller si Gando ditinggalkan di rumah tok ma cik baby, dapatlah cik umi meminjam dan save bajet di situ. Kata abi Gando, car seat pun ada ditinggalkan. Wah, boleh pinjam!♥

Bila tengok barang-barang persediaan nak sambut cik baby, terasa bahagia sekali fatrah hamil ini. Walaupun alahan cik umi, subhanallah agak teruk sampai warded di KMC hampir seminggu, ia sudah bertukar menjadi sebahagian dari memori indah.

Jumaat, Jun 21, 2013

Tangkapan Hari Jumaat, Bukan Sabbath!





Saya senang sekali menghabiskan masa di kedai buku. Meninjau material apakah yang perlu saya beli selepas disahkan berbadan dua nanti. Wah, ada surah-surah pilihan untuk ibu mengandung, lagu-lagu Mozart terapi ibu mengandung, panduan dan tips sepanjang kehamilan dan banyak lagi maklumat termasuk panduan laktasi secara eksklusif. Jumaat, saya habiskan masa seharian di Jusco Seremban 2. Bagus juga mendaftar sebagai ahli Popular Bookstore selama tiga tahun, mungkin selepas ini saya akan ber'member' dengan MPH Bookstore pula. Saya boleh berjimat sehingga RM15.00 untuk Deadly Mist, Rasulullah saw is My Doctor, Travelog Dakwah Meniti Hari Esok dan Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean.

Apabila melihat rak buku-buku baharu yang lazat dan segar...liur saya mula kecur. Tiba-tiba saya mula rindu untuk mengarang. Rasa ingin mengarang yang didesak oleh pelbagai ketidakpuasan dan simpati yang menujah-nujah.

Oh, saya merindui saat kontraksi hamili idea-idea sarat dan mahu segera keluar dari rongga ilham, lalu bertukanglah saya semalaman sehingga lahir watak dan perwatakan, plot, pelbagai latar dan ragam. Oh, rasa itu benar-benar mengujakan. Yuk, luaskan pembacaan agar tajam pula indera saat mengarang.

Saya sudah berjinak-jinak dengan hobi baharu, menonton wayang. Setiap babakan membuatkan saya terpesona. Pengucapan dialog dan latar yang rinci meningkatkan penghayatan. Alangkah baik, jika skrip itu membangun jiwa dan roh. Mungkin saya perlu dapatkan keizinan suami ke bengkel menulis skrip sifo Zabidi Mohamed anjuran JAIS 26 Jun nanti.

Ahad, Januari 13, 2013

The miracle of 'When you tell me that you love me'


I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do

I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth

And baby
Every time you touch me
I become a hero
Ill make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does
You walked into my life
To stop my tears
Every things easy now
I have you here

And baby
Every time you touch me
I become a hero
Ill make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger

And baby
Every time you touch me
I become a hero
Ill make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

You love me
When you tell me that you love me

Tuhan, nikmatnya cinta selepas nikah. Saya tinggalkan doa untuk anda yang sedang menunggu surat jawapan daripada Tuhan. Moga berhasil!