1/2/2008
Aduhai! Teruk betul saya ini. Satu entri satu bulan! Saya rindukan saat-saat idea mengalir deras sehingga tidak tertakung dek sereblum dan serebrum lalu saya muntahkannya di atas kertas putih. Apalah yang disibukkan sangat? Jika kerana tugasan yang berlambak dan tidak pernah putus saya jadikan alasan, sewajarnya alasan ini saya gunakan sejak dulu. Ketika di tahun akhir pengajian, saya disibukkan dengan pelbagai tugasan di dalam persatuan disamping pelajaran adalah prioriti. Ulang alik ke
4/2/2008
Saya menaiki komuter ke Bandar Tasik Selatan. Dari Stesyen tersebut teman saya sudah menunggu dan kami akan ke USIM bagi mendapatkan database tajuk-tajuk disertasi yang berkaitan dengan Kajian Fatwa. Kajian Fatwa adalah subjek kegemaran saya di bawah seliaan
“Saya dari UM. Kami berdua nak dapatkan database tajuk-tajuk disertasi master di sini yang berkaitan dengan Fatwa atau Kajian Fatwa.” Saya memula bicara. “Oh, boleh. Saya nak panggil cik atau puan?” “Cik.” Jawab saya ringkas. “Begini cik, kami ada enjin pencari semua tesis, disertasi dan paper projek pelajar di USIM. Mari saya tunjukkan. Jangan risau, library ini kecil, koleksi buku-buku pun sedikit. Kalau tak jumpa guna enjin pencari kita guna manual.” Pustakawan di situ ramah dan memudahkan. “Boleh kami masuk ke tempat menyimpan disertasi? Sebab di UM membaca disertasi adalah bebas Cuma dilarang bawa keluar atau fotokopi.” Saya mohon penjelasan agar hajat kami tidak disalaherti. “Maaf, di sini hanya staf yang dibenarkan masuk ke bilik menyimpan disertasi. Pelajar tidak dibenarkan.” Kami akur. Saya dan teman jenuh mencari tajuk menggunakan enjin pencari disertasi. Tiba-tiba pustakawan tadi menghampiri kami. “Mari masuk. Kita cari ikut manual pula.” Sambil jarinya membuka tombol pintu tempat menyimpan disertasi. “Boleh ke?” Terbit gusar di celah nubari saya. “Kita buat-buat boleh je…” Jawab pustakawan itu selamba. ‘Ah, ini peluang. Kerja kami pasti menjadi lebih mudah dan cepat.’ Hati saya riang. “Ini sahaja koleksi tesis, disertasi dan paper projek yang kami ada.” Sambil menunjukkan tiga rak buku besi yang tersusun kira-kira kurang daripada 50 jilid. “Ini saja?” Tanya teman saya mohon kepastian. “Ya, sebelah
Ah, sekarang kami perlu ambil isi-isi penting yang terdapat di dalam disertasi tersebut. Biar inilah kunjungan pertama dan terkahir lagi bermanfaat. Kalau tajuknya banyak, makan masa membina pengkalan data. Alang-alang sudah selesai tugasan pertama kami terus sudahkan tugasan kedua, merumus disertasi tersebut. Jam sudah 1.30 petang. Kami berdua berasa tenaga perlu dicaj. Alahai…di mana kafe? Teman saya bertanya kepada salah seorang pengguna perpustakaan tersebut lokasi kafe terhampir. Adik itu menghela tangan teman saya ke tingkap sambil menunding ke arah banggunan di bawah bukit. “ Di
Kami berdua menikmati juadah tengah hari sambil berbual pelbagai topik. Dari perkara yang berkaitan dengan tugasan hinggalah soal-soal peribadi. Aduhai Syakirah, dia adalah teman tempat saya mencurah rasa. Mungkin factor umur kami yang sebaya dan dia pula tua sehari dari saya menyebabkan kami begitu ‘click’ sebagai sahabat dan teman. Untungnya saya bersahabat dengannya. Usai menikmati juadah kami kembali semula ke perpustakaan. Kami perlu menyudahkan menaip beberapa tajuk dari disertasi tersebut. Ketika asyik menaip menggunakan notebook saya merasa pening dan keletihan. Lantas saya ke kaunter, mencuba nasib mohon izin fotokopi tajuk-tajuk tertentu di dalam disertasi tersebut. “Sudah tentu. Cik berdua datang dari jauh. Saya izinkan disertasi ini difotokopi dengan syarat cik berdua meninggalkan pengenalan diri kepada saya.” Ujar pustakawan shif petang dengan lembut dan tasamuh. “Terima kasih cik, kami tinggalkan kad matrik di sini.” Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Pemberi Mudah.
Kami ditegur pekerja di kedai fotostat tersebut. “Rasanya tak pernah lagi orang fotostat disertasi di sini.” “Oh, kami dapat keizinan dari pustakawan.” Kami jujur menjelaskan duduk sebenar perkara. “ Semua disertasi Fatwa? Kenal Ustaz Yunus?” Soalnya bertubi. “Ya, kami kena buat ulasan disertasi berkaitan Fatwa. Siapa Ustaz Yunus?” Giliran kami bertanya. “Ustaz Yunus mengajar di INFAD. Mungkin dia boleh bantu kalian dapatkan bahan. Ini nombor telefon bimbitnya.” Lelaki bertaraf pak cik itu senang membantu. Syakirah mendail nombor yang diberi. Katanya dia sudah tinggalkan INFAD, jika ingin bantuan sila berjumpa Puan Aida. Katakan padanya Ustaz Yunus yang menyarankan kami bertemu Puan Aida untuk dapatkan bahan. Masya-Allah, kerja kami bertambah mudah. Rabbuna yasir wala tu’asir!
5/2/2008-10/2/2008
Saya sangat kasihankan adinda-adinda saya. Ayeim yang sedang menunggu keputusan SPM membuka kelas tusyen bagi adik-adik UPSR, Jiji yang sedang menunggu keputusan STAM menjaja makanan ringan di kelas agama petang.
14/2/2008
Saya sampai di stesyen komuter bandar tasik selatan sekitar jam 10.40pagi dan menanti Syakirah sekitar 5minit sebelum kami sama-sama bertolak ke UKM. Ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke UKM, lalu lokasi Perpustakaan Tun Seri Lanang tidak kami maklumi di mana kedudukannya. Puas kami keliling UKM melalui Fakulti Pendidikan Islam dan melalui beberapa kolej-kolej kediaman, Fakulti Pendidikan dan Kejuruteraan sehinggalah kami bertemu ramai siswa dan siswi bertanyakan jalan ke PTSL. Akhirnya kami sampai juga ke PTSL yang bersebelahan dengan PUSANIKA. Teman saya terkeliru dengan nama PUSANIKA, katanya mungkin dia tersilap dengar dari seorang siswi di jalanan tadi seolah menyebut PUSATNIKAH. Aduhai, Syakirah. Ada-ada saja! Patutlah berkerut keningnya tadi.
Masuk ke PTSL kami disambut staf yang ramah meminta kami mengisi maklumat diri di dalam buku pelawat, kemudian memaklumkan kami kepada siapa harus kami majukan
Usai solat dan makan tengah hari di kafe PUSANIKA kami bergegas semula ke PTSL. Fikir saya tugasan mesti disiapkan secepat mungkin dan aduan wajib saya tinggalkan dalam peti aduan di pojok pintu sebelah kiri. Jam 5.56petang tugasan kami siap. Disertasi yang kami ulas dipulangkan semula kepada staf yang bertugas sebelah petang. Ah, redup jiwa saya bila tidak perlu lagi berurusan dengan orang meLAYU yang bena tak bena! Sebelum pulang saya sempat menggambari PTSL yang tersergam! Apapun kunjungan ini tetap memberi makna dan mengenalkan saya erti sabar yang berkualiti. Dateline tugasan Kajian Fatwa pada 26 Febuari 2008. Ada apa pada tarikh ini???
4 ulasan:
gambar kat mana tu angah?bangunan mcm kat luar negara je..
huhuhu...kak, tu bukan umah angah. saja isi gambar tu lokasinya kat uk. angah download dari website buku.
Salam Faezah,
Kalau saya, masa tu juga tulis aduan. Memang tak patut melayan pengguna begitu.
Dulu di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan pun, saya komplen. Staff mereka sendiri berborak bising hingga mengganggu ketenteraman saya yang datang ke perpustakaan kerana mahukan tempat yang tenang. Kalau nak bising-bising, boleh saja saya pergi buat kerja di pasar besar!
salam kembali kanda,
Sebenarnya puas juga saya mencari kotak aduan sampai ke kaunter aras 4. Rupa-rupanya peti aduan tersengih-sengih di tepi pintu Koleksi Asia Tenggara. Apapun, komentar sebagai pengguna sudah saya majukan. Harapnya tidak ada sesiapa yang dilayan seperti saya. Kebetulan teman dari negara tetangga juga merunggut akan hal yang sama...Moga jadi iktibar buat semua kakitangan 'Budi Bahasa Budaya Kita'
Catat Ulasan