Isnin, November 27, 2006

Akhirnya...


Akhirnya...penantian saya selama 2 bulan seminggu berakhir. Keputusan akhir bagi pengulangan 2 subjek ke bawah bagi Universiti al-Azhar as-Syarif cawangan Iskandariah telah diumumkan secara tidak rasmi dan boleh disemak di pejabat syu'un wafidat, melalui Ustaz Nadhir atau Ustaz Moustafa.

Akhirnya...penantian mereka yang ingin melihat saya kecundang juga berakhir dan terjawab.

Akhirnya...Allah telah mengangkat doa ma, abah dan adik beradik saya mengatasi doa mereka yang berniat serong terhadap saya.

Akhirnya...usaha dan kepayahan saya telah diganjari-Nya. Moga Allah memberkati kejayaan ini. Bahkan saya mampu memberi sumbangan kepada agama, keluarga, nusa dan bangsa.

Akhirnya...saya bakal meninggalkan bumi Anbiya' setelah bermukim sejak empat tahun lalu dan menghabiskan usia hampir setengah dekat di negeri orang. Meninggalkan bumi yang mengajarkan saya kepada sebuah perjuangan, mencintai ilmu, mengenalkan saya kepada mengejar redha Tuhan dengan penuh kesabaran, ketabahan dan konsisten.

Akhirnya...tarbiah dari bumi Nabi Musa yang melahirkan jutaan ulama tersohor telah melahirkan seorang SAYA dari rahimnya. Syukur pada-Mu Rabbi!

Akhirnya...saya kembali sujud syukur kepada Yang Satu menyatakan rasa penghargaan tidak terhingga di atas nikmat-Nya yang tidak pernah bertepi, jutaan angka infiniti, juga bermohon pintu pengampunan tidak tertutup untuk diri ini. Ameen ya Rabbi!

4 ulasan:

Rebecca Ilham berkata...

Salam.

Boleh saya panggil Kak Faezah?

Tahniah!
Selamat pulang. Juga selamat berjuang!

annyss berkata...

Alhamudulillah, sekalung tahniah! Semoga selamat kembali meniti perjuangan di tanahair sendiri. Jangan lupa, sebelum meninggalkan bumi kinanah, kumpulkan cerpen banyak-banyak. Nanti di sini halangannya berbeza. Adakalanya semakin sukar menulis apabila beralih cuaca dan beralih tempat.

Sg Semantan berkata...

Alhamdulillah...mabruk...
dah lama nak post komen tapi maleh nak register...

Makbul dah doa semua ... semoga perjalanan masa depan sentiasa dlm keredhaanNYA...

Selamat kembali ke tanah air...salam pd mak,abah,along dan adik2...

akak...Toronto

Faizah Azaman berkata...

rebecca ilhami-boleh aje panggil kak faezah.terima kasih. selamat berjuang juga untuk adik

kak nisah-aduh, terima kasih kak. perjuangan di tanah air lebih mencabar dan berencam. doakan saya tetap dan terus menulis. mungkin iklim dan cuaca sedikit mempengaruhi. di sini musim sejuk itulah sebabnya agak 'beku' menulis dan berkarya...aduhai faizah

kak dara-allahu yubarik fik.terima kasih atas kunjungan. rindunya nak mandi kat sg semantan kak...sambil2 kutip pucuk ubi, cemperai dan paku dengan arwah wan. rindunya mentakab!